30 November 2014

Makan vitamin tapi tak dapat kesan positif

Diana selalu diacu dengan soalan-soalan seperti

"Saya amik set full breastfeeding, tapi susu tak meriah pun?"
"Saya amik set kurus, tapi kenapa berat badan saya tak turun?"
"Saya amik set kecantikan,tetapi jerawat saya makin meriah naiknya?"

Kenapa masalah-masalh seperti di atas berlaku? Kenali punca-puncanya.

1.Pengambilan air yang tak mencukupi.
Sila pastikan sehari kita minum sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Kekurangan pengambilan air boleh menyebabkan nutrisi sukar untuk diserap dengan baik.

Elakkan - Pengambilan air bergula yang berlebihan kerana air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan


2.  Penggemar kafein
Sesiapa yang mengambil kaffein seperti nescafe..elakkan pengambilan secara serentak. Sekiranya anda masih inginkn secawan kaffei, perlulah diingat bahawa jarakkan waktu pengambilan kaffein dengan vitamin anda. Makanlah vitamin anda selepas 3-4 jam anda menikmati minuman kaffein anda.

Elakkan - Seboleh-bolehnya elakkan penggunaan klaffein dalam diet harian kita kerana pengambilan kaffein boleh merosakkn vitamin yang kita makan. 


3. Makan ubat dan vitamin secara serentak
Sekiranya anda berada dalam pemantaun doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, sila pastikan bahawa anda tidak mengambilnya secara serentak atau bersama-sama.
Elakkan - Kerana boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Testimoni - Suatu masa dahulu anak diana pernah demam, diana amik nutriferon then dian amik jugak ubat doktor. What happen to my son? Suhu badan naik mendadak. So dari kejadian tu, Diana paham dah..ubat dan vitamin tidak boleh di ambil pada masa yang sama. 

4. Tidak mengikut dose yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda mempunyai masalah sakit belakang yang teruk, tetapi anda hanya makan sebiji ostematrik, adakah rasa sakit itu akan berkurang? Tentu sekali tidak. Inginkan kesihatan yang optimum, anda digalakkan makan sehari 4 biji, diambil pada  waktu pagi 2 biji, dan waktu malam  sebelum tido 2 bij. 

5. Konsisten
Mengapa pengambilan supplement perlu  konsisten sekurang-kurangnya 90-120 hari?
Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan konsisten untuk mendapatkan kesan yang diingini (dalam tempoh penggantian sel).Tahap kesihatan kita ni tak sama. Ada yang makan seminggu-dua dah rasa perubahannya. Ada pulak yang makan sebotol dua tapi masih belum rasa hasilnya. 

Sebagai contoh andai kata anda makan set kurus, tetapi dah 3 bulan makan tapi still tak nampak hasil, cuba kita audit balik di mana silapnya.

 6. Pantang larang Vitamin Shaklee
Tahukah anda?
  • Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Leucine - sumber yang bagus untuk memelihara otot





Apa Itu Leucine 

Leucine menyumbang kepada pembangunan otot.
Leucine adalah asid amino yang tidak dapat dihasilkan di dalam badan. Ia mesti diperolehi melalui makanan. Leucine dianggap sebagai branched chained amino acid ( BCAA ). Ini bermakna ia memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan dan pembaikan otot dan mencegah pecahan protein otot semasa latihan. Makanan yang kaya dengan leucine termasuk putih telur , isolate soy protein, beras perang, kekacang dan makanan tambahan dengan leucin.

FUNGSI
Makanan tambahan Leucine dan serbuk protein dengan leucine adalah popular di kalangan atlet dan pembina badan. Produk-produk ini menghalang kerosakan otot semasa persembahan sukan dan membantu dengan pemulihan otot dan fungsi lain. Bersama-sama dengan leucine, ada dua lain-lain asid amino yang dikenali sebagai L- isoleucine dan L- valine . Asid amino juga perlu diperolehi daripada makanan , dan mereka menggalakkan pertumbuhan otot dan pemulihan otot serta memberi manfaat yang lain.


KEPENTINGAN
Leucine adalah asid amino yang terpenting, dan ia adalah yang terkuat. Ia juga dikenali sebagai nutrien terhad, kerana leucine cukup seimbang dengan asid amino yang lain bagi badan untuk mendapatkan faedah daripada pengambilan makanan anda.

MANFAAT
Leucine mempunyai banyak kegunaan, terutama bagi atlet. Leucine meningkatkan tahap tenaga badan dan membsntu minda semasa tekanan prestasi olahraga. Ia mengekalkan keseimbangan nitrogen , yang berkaitan dengan jumlah nitrogen yang diambil dalam badan dengan jumlah yang dikeluarkan. Leucine menyimpan glikogen dalam tisu otot, dan merupakan sumber kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan otot.


Leucine KEKURANGAN
Leucine tidak boleh dibuat di dalam badan , tetapi ia mudah didapati daripada makanan. Oleh itu kekurangan leucine jarang berlaku. Kekurangan leucine dicirikan oleh perasaan keletihan, sakit kepala, pening dan kejang. Di samping itu, terdapat kelemahan otot , cepat marah, kerap jangkitan , penyembuhan luka yang perlahan dan perasaan .


Shaklee jugak turut menghasilkan produk yang kaya dengan leucine. Ia dikenali sebagai 'SHAKLEE CINCH'. 
 
Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral dan 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini Penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar mtabolisma dan juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine nutrisi penting di dalam cinch untyuk keperluan tubuh kita.

Kenapa mesti cinch Shake Mix Buatan Shaklee?
  • Indeks glisemik -22 sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Dengan cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine, asid amino.
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24g protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat. Setiap hidangan mengandungi 6gm serat.
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus.
dr paula baile hamilton- shaklee weight program

28 November 2014

Ragam si anak - Denda jangan rotan

Entry kali ni Diana nak kongsikan sedikit tip berkenaan anak-anak ni.

Diana ada sepasang anak. Yang sulung perempuan berusia 7 tahun. Yang adik berusia 2 tahun setengah. Dia seorang lelaki. Mana-mana budak diana rasa ,sama jer habit die orang ni. Bila  ke kedai runcit, ke Giant, Tesco, mana-mana grocereis lah, mesti nak mintak barang untuk mereka. Let say kite masuk bahagian toys, dia nak toys...bila pegi kat bahagian makanan pun nak jugak. Bila tak dapat melalak depan orang ramai. Disebabkan kita malu, kene jugak beli. Iyer idok?

Tapi Diana memang train kat anak-anak ke mana sahaja pegi konsep 'satu barang' memang sangat practikal. Dari umah dah siap pesan kat anak-anak only satu barang. but no toys. Contoh macam kakak, kalo nak barbie..u must get A in every subject. So die dah set dalam mind bila dapat A jer, baru boleh mintak. Sampaikan satu tahap, bila kita orag outing ke Jaya Jucso ke..Sogo ker...dia akan singgah kat bahagian Toys. WAJIB. Dan dia sendiri akan tahu...'kakak nak nengok je'. Bukan kejam, tapi nak mendidik anak-anak, nak kan satu benda tu mesti ade usaha...bukan main mintak jer. itu kalo cita toys. kalo bab-bab makanan pun only satu barang. So bila dia orang memilih memnag sangat lama. Sebab nak kan satu barang punya pasal. Nak-nak si adik. Pas amik aiskrim...cancel..amik candy..then cancel balik nak pulak kalsium. Bila dah sampai kuanter nampak kuih bahulu pulak. Cancel kalsium, amik bahulu. The most important satu barang. So sekarang anak-anak dah biasa dan terbiasa.
'Rotan anak?'. Effective tak kaedah tu dalam mendidik anak-anak?

Secara jujurnya diana memang praktikan rotan ni. Anak sulung diana dulu jenuh jugak kene rotan ni. Tapi bila dah sampai anak kedua. Rasa rotan ni dah tak berapa effective.

So hari-hari dok asah kepala otak, macam mana nak train anak-anak ni..khasnya untuk si boboi ni. sebab lelaki ni lain sikit. Lain macam mana tu? lainnya bila  kita rotan..die memang nangis, tapi bila sakit tu hilang..dia buat balik. Dalam erti lainnya tak serik. so baru-baru ni diana cuba kaedah mat saleh pulak. Iaitu denda. 

Puncanya si adik, contengkan dinding umah. Dah lah dinding umah warna putih..dia amik warna pensel color merah. Wahhhh! dari jauh dah nampak. Ini dah kali ke-10 kut dia buat mende yang sama. Rotan semua dah. Apa yang diana buat...Diana Kurung dia dok dalam bilik. Amik ko! Menangis-nangis..melalak-lalak. Hahhah...ikutkan sedih hati jugak. Diana nak biar dia ingat bahawa bila die melakukan kesilapan, dia akan didenda. Ternyata kaedah tu memang berkesan. Sekarang kalo die buat perangai...diana akan tunjukkan bilik yang die kene kurung. 'Nanak-nanak'. katanya. Baru tahu takut sikit.Hihihii......

Tip-tip di atas sekadar perkongsian dari Diana. Berdasarkan dari  pengalaman diana sendiri. Tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah menghadap ilahi.

sekian.

27 November 2014

IBU PEJABAT SHAKLEE

IBU PEJABAT SHAKLEE DI PLEASANTON, CALIFORNIA BUKAN SEKADAR PUSAT OPERASI, MALAH IA ADALAH SIMBOLIK KEPADA FALSAFAH YANG DIDOKONG OLEH SHAKLEE.

Ia direkabentuk oleh arkitek terkemuka.- Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pennguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "kehidupan yang harmoni bersama Alam Semulajadi" Anda boleh menikmati pemandangan indah -langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan waran semulajadi.

Di antara keunikannya seperti :
  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk -produk Shaklee
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman pada masa yang sama menapis kepanasan
  • Penggunaan "Law E-glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang effisien 
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih cekap dan menjamin kualiti udara
 

    26 November 2014

    Vitamin C merangsang pembentukan kolagen



    kolagen terbaik dlm vitamin c

    Tenga-tengah menggoogle diana terbaca info pasal vitamin C, kolagen untuk kulit . Lalu ku kongsikan di sini. untuk lebih terperinci sila ke utusan online yer.

    Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.


    pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.


    Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.
    "Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

    Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

    Keperluan atau kepenting Vitamin C

    Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

    Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

    Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal. 


    "Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya. 

    Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber ikan  daripada laut seperti ikan


    "Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.
     
    Sebab tu setiap hari Diana Wajib amik vitamin C brand shaklee. Sebab? Untuk merangsang pembentukan Kolagen. Maklumlah Diana kan  semakin tua. hihihihi...Tak naklah tua sebelum tiba masanya....hihihi....
     
    Jadi, sanglah rugi kalo tak amik vitamin C ni. vitamin C Shaklee ada 180 bijik...tahan sampai 6 bulan. Harga pun berbaloi-baloi. 'Kulit cantik, kesihatan mantap" gituuu.