03 September 2014

Sedapnya susu Mama#Episod 8



Kolostrum: Sedikit jumlahnya, besar manfaatnya
 
Diana sendiri mempunyai pengalaman sendiri mengenai Kolustrum ni. Semasa melahirkan anak pertama di Pusat perubatan Universiti Malaya, anak diana memang diwajibkan minum kolustrum ni. The best thing di PPUM ni, mereka memang mengamalkan Penyusuan Susu Ibu. Ibu-Ibu tidak dibenarkan membawa botol mahupun susu formula. Wajib beri susu mama. Anak diana diberi Kolustrum sejurus die dilahirkan. Memang Saat tu tak dapat Diana lupakan. Kebetulan kelahiran anak pada masa itu dijalankan secara Ceaserean. Masih teringat lagi..sejurus baby dikeluarkan, dibersihakan, diambil terus disusukan dengan 'kolustrum'. Si comel tercari-cari puting mama..terasa-rasa apa mende yg dihisapnya ni. Berwarna kuning pekat. kesannya, anak diana memang mempunyai antibodi badan yang kuat, jarang utk demam, apatah lagi nak sakit teruk. 

Peringatan untuk bakal-bakal ibu 'Rebutlah Kolustrum tersebut, tatkala ia memang hak mutlak anak-anak anda'
Kolostrum mengandungi protein yang terdiri drpd antibodi seperti imunoglobulin, terutamanya lgA yang mampu mencegah jangkitan kuman. Juga mengandungi vitamin dan faktor tumbesaran.Tanpa kolostrum bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman dan senang mendapat alahan.

Kolostrum juga merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:


   1. Kaya dgn vitamin A dan E serta mengandungi  banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
   2. mudah dicerna iaitu menjadikan usus bayi lebih cepat matang
   3. merupakan laksatif yg membantu mengeluarkan mekonium (najis hitam awal bayi)  dan mencegah jaundis.
   4.memiliki kandungan imun yang tinggi
   5. melindungi saluran pencernaan bayi
   6.mengandung sel darah putih       


Ramai yang menyangka bahawa susu ibu yang pertama / kolostrum berwarna putih seperti susu, sehingga apabila kolostrum keluar dan berwarna kuning keemasan / oren, pekat, melekat, dan kadangkala jernih.


 

  
Terdapat persepsi susu ibu tersebut tidak bagus dan dibuang saja. Jumlahnya pun hanya sekitar 3-5 sudu teh yang sering membuatkan bimbang tidak akan cukup untuk bayi sehingga perlu ditambah susu formula. Warna orange / keemasan ini merupakan tanda dari kandungan beta-carotene yang tinggi, yang merupakan salah satu antioksida.
  
Meskipun jumlah kolostrum yang agak sedikit tetapi sangat mencukupi perut bayi yang juga memang masih kecil .Meski pun sedikit, kolostrum sangat kaya dengan  nutrisi, kaya akan karbohidrat, protein, serta tinggi antibodi yang melindungi bayi daripada pelbagai penyakit jangkitan.
 
Kolostrum mengandungi sejumlah besar antibodi yang disebut seperti IgA (secretory immunoglobulin Sebelum bayi lahir, ia akan mendapatkan antibodi lain, IgG, melalui plasenta. IgG bekerja melalui sistem peredaran bayi. IgA ini akan melindungi bayi dari serangan kuman di kawasan membran mukus tekak, paru-paru dan usus, juga melindungi sistem pencernaan bayi.

Kolostrum juga kaya akan lekosit, sel darah putih yang akan memusnahkan bakteria jahat dan virus.




 

No comments:

Post a Comment