Episod pertama
Pagi-pagi buta ni nak ubah cite skit. Cerita perihal seorang wanita yang bergelar isteri. Cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri.
Diana mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. tarikh 16hb Jun 2006. Kami kawan sesekolah..sesekelas. Kami cinta monyet. Cinta monyet yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.
Sebulan selepas diiijabkabulkan, I'm pregnant. Org tua-tua panggil bunting pelamin. Yahoo! to be a mom. Muda masa tu berumur 24tahun. Abis Diploma in Accountancy, Uitm. Terus cari kerja. Terus datang Kuala Lumpur.
Mengandung anak pertama in honest tak banyak cabarannnya. 'Morning sickeness ade..tapi tak teruk. Sepanjang proses mengandung serius tak makan apa-apa suppliment melainkan minum susu anmum perasa coklat jer. Masa tu tak kenal Shaklee pun. Apatah lagi nak makan suppliment produk Shaklee.
Nak dijadikan cerita, plan bersalin nak g kat private. Biasalah mcm-mcm cita ngeri didengar psl cerita melahirkan bayi ni. Of course takut, ngeri. semua ada. Nak-nak aku ni pesen takut ke hospital.
Bila kandungan mencecah 7 bulan..aku check up kat klinik Desa Gombak Setia, masa tu rutin nak sacn baby. Kebetulan ari tu doktor pompuan yg scan. Dengan selamba doktor tu cakap your baby is breach. Breach? comfim aku tak paham mende ape ni. kedudukan bayi awak songsang. But don't worry normally baby akan pusing semula.So boleh menarik nafas lega.
Then, bila dah dgr mcm tu..En Somi bawak aku g PPUM. Terus book nak deliver kat sana. Kami tak nak amik risiko register kat private, risau kos yang dikenakan sangat mahal. at least RM5k is lower/minima.
Tetapi, bila nak register kat sana..semua kene start A-Z. Kene amik darah balik, Check itu, check ini. Dan aku siap inform kat doktor tu..my baby is breach. Bila doktor dah tahu, aku kene jumpe pakar pulak.
Kami kene jadi bahan uji kaji. Kami akur. sbb suami kalo boleh nak jugak aku deliver secara normal. Masa tu kami dikaunseling oleh pakar perbidanan PPUM oleh Dr Ron. Seorang doktor mat saleh. The best is...'u nak cakap bahasa Inggeris or Melayu?' hahahha. Doktor ni pun dah pandai cakap bahasa malayu.
The next day aku kene attend satu uji kaji yg dipanggi kaedah 'ECV'- kaedah pusing bayi.
kaedah ECV |
Kene dtg serah diri ke hospital. kene masuk labar room. Tp sedih. Husband tak boleh iku masuk. This is Hopital Policy. Kene respect. Lama giler kut dok dalam tu. I don't like labar room. Sapa pulak yang suka kan. kene masuk drip. Kena amik ubat makan. pastu kene jugak amik injection. Sebelum buat ECV ni kene sign surat hitam putih. Kalo ade apa-apa berlaku masing-masing dah bersetuju degan sebarang kemungkinan.
Di dalam bilik ECV tu, mula doktor pompuan yang mulakan kaedah tersebut. mcm Urutan. tapi mereka ade cara tersendiri. Korang jgn tak tahu...satu katil aku penuh dengan student & junior doktor. Ibarat gula dihurung semut. Doktor yang pertama buat tak berjaya, Dia panggil Dr Ravi pulak. Seorang lelaki brbangsa India. tangan penuh bulu. Bila die pusingkan baby..aduh rs nak mengangis pun ade. Sumpah sakit. Pastu dgrlah doktor-doktor yg ade membebel-bebel sesama each other. Perut u kecik...dah tak de ruang untuk bb bergerak.
Tapi paham-paham jelah yer...sbb doktor Ravi surrender...die panggil pulak Dr Ron. Dr Ron memnag pakar segala pakar baba ECV ni. Sbb kaedah tu die yg perkenalakn kat PPUM ni. Bila datang Dr mat saleh ni...die lumur-lumurkan bedak kat perut aku. Dr Ron tak suka pakai Jel. Urut, tolak, undur serba serbi die buat..pun akhirnya menemui jalan buntu. Baby sedap duduk bersila. kepala kat atas...kaki kat bawah. sampai ke sudah.
At the end kami blk, dengan final decision i will ceser on 04hb Apr 2007.
Tetapi pada 07 mac 2007, detik 12 malam..aku dihujani dengan pecah air ketuban. kelam kabut ke Hopsital. Dari Gombak ke PPUM.Mujur malam. kalo siang, menjawab. Tahulah federal Highway tu RAJA segala jem.
On the Way ke Hospital...en somi masih boleh buat lawak lagi...'b kalo nak singgah beli rokok, sempat tak?. Nilah mslh utama laki aku..perokok tegar sampai sekarang.
Persediaan sebelum di bilik pembedahan..
- Sila tanggalkan semua barang kemas, pakaian dalam. pakai uniform yang disediakan
- Kalo belum bercukur, ade senior nurse tolong cukurkan. Tapi aku dah buat awal-awal.
- Kene pasang drip utk masuk air
- kene pasang tiub saluran utk air kencing
Dah siap semua tu baru aku di tolak ke bilik pembedahan. Tapi masa tu aku kene tunggu bilik OT kosong. Patient ramai. Jdk bilik OT full book. Yelah aku kan kategori kes kecemasan. Patutnya aku datang 04 April 2006. Tp 07 mac dah mai. Lagu mana.
kaedah Cesarean |
Apa yang aku rs masa tu mcm jantung ni nak terkeluar. Takut yang amat. Mmc-mcm terlintas kat pkiran. Once bile suntikan Epidural singgah kat belakang ku..oooohhhh tidak. Sakitnyaaaa...yelah kalo tak sakit mcm mn nak kasi separuh sedar kan. kebetulan ms tu pakar bius seorg cina. Cina pun blh ingatkan kite soh mengucap. Sekejap jer...rasa kebas tu dah sampai entak ke mn. Serius, mata terbukak..tp kat awang-awangan..mcm mengantuk jer rs. Tp kite tak dibenarkan tido. Pakar bius ade jer kat sebelah untuk mengawasi. Setengan jam selesai dah operasi cesarean. Maka lahirlah anak pertama ku seorang gigrl yang ku beri nama Arissa Humaira. Yg kini berumur 7 tahun
Comei tak saya. Ni dia budak yang tak ghti nak duduk elok2 dalam perut dulu. |
No comments:
Post a Comment