Secara jujurnya Diana memang suka memasak. Suka cuba resipi - resipi baru ni. Tapi dengan syarat yang simple, mudah dan cepat. Org kata main campak2 bahan siap dahhh.
Buat pertama kalinya Diana Kongsikan Resipi ni.
KEK PISANG KUKUS
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum (Brand Faezah)
8 biji pisang berangan(saiz kecil)
1 cawan minyak masak
4 biji telur ( Gred A, B) or 5 biji (Gred C)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula icing
secubit garam
Cara-caranya
1.Tepung gandum diayak bersama baking soda dan baking powder
2.Pisang dilecek halus
Tekstur akan lebih cantik kalo dilenyek-lenyek ganas mcm ni |
3. Blender telor, minyak dan
gula sehingga sebati dan kembang.
4.Kemudian masukkan ke dalam pisang yang telah dilenyek.
5.Masukkan tepung sedikit demi
sedikit dan gaul rata
6. kemudian tuangkan kedalam
loyang yang telah disapu dengan mentega.
7. Kukus selama 45 minit.
Pilihan : Sekiranya nak dijadikan muffin pun blh jugak...kita ubahkan patern jer.
Taraaaaa dah siap!
versi loyang |
Versi Muffin |
No comments:
Post a Comment