26 September 2014

Resipi Donut-perasa meal shakes

Sejak menjak masak waktu pagi ni, rutin harian dah berubah. Kalo sebelum ni tepat jam 5.30 ptg, cabuttt, punch bla. Sebab nak rushing amik haikal dr umah pengasuh. Then nak msak utk makan malam. Gara-gara si suami tak suka mkn luar, tak sukan makanan bungkus, tak suka makanan pasar malam. Yg die nak ni air tangan isteri. Sejak bergelar isteri sampailah dah beranak dua ni ni...memasak tu wajib.

So dipendekkan cerita,selesai jer solat magrib..aku terus buat doh donut . Bukan sebab aku pandai buat donut..tapi sebab aku suka nak cuba resipi baru lagi. Resipi donut ni aku cari gali dari kak azie kitchen. Tima kasih kak Azie. Cuma aku edit skit jer.Jom salin Resipi

Resipi Donut Gebu Meal Shakes


Bahan-bahan 
500g tepung tepung gandum (Nak guna tepung high protein pun boleh jugak)
1 peket yis segera-11gram
50g mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula custor
2 sudu besar susu pekat & 2 sudu besar Mealshakes
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula icing atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, masukkan  separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada senduk (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan senduk).

Tambah lagi  tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. 
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.


Tadaaa..siap.

Resipi yang amat mudah, sedap & berkhasiat untuk anak-anak anda.

 

1 comment: