24 February 2015

Rahsia hilangkan kurab

Seronok betul bila nengok kat kulit tangan dah kembali licin, cuma ada setompok kecil, bekas akibat digaru dengan rakus. Hahhaha. Sesiapa yang pernah rasa kene kurab, pasti tahu kan.Rasa gatal yang mengenyam-ngenyam...lagi digaru lagi syok. Akhirnya jadilah kudis yang berair-air. 

Malu kut kene kat tempat terang-terangan macam tu. Jenuh nak cover. 

Apa yang Diana buat.Very simple.

Setiap hari, setiap saat Diana tepek dengan Herbal blend.

Herbal Blend
Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary

 Lepastu rajin-rajin lah telan Sustianed Release Vitamin C. Sebabnya? Penting untuk kesihatan kulit dan sistem imun.


Dan yang plaing penting pengambilan Garlic. Sebabnya Garlic bertindak sebagai antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun badan, menghalang pebyakit berjangkit sepetyi selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida

****Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.**** 


Berminat nak order?

Sila hubungi Diana di talian 019-3250676/whatsapp/telegram



Dah semakin licin, gebu, mulus...hihihiiii











Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.

23 February 2015

6 Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

Korang ada jointed kad keahlian sogo tak? kad kehalian AEON Jusco? Kad keahlian I-setan, Kad keahlian Pakson serta lain-lain kad keahlian? Kenapa korang nak joined jadi ahli tersebut? Rata-rata inginkan bonus tebusan yang lumayan, nak kumpul point, nak dapatkan diskaun harga yang sangat berbaloi-baloi.

Macam tu jugak dengan Shaklee ni. Yuran keahlian sebanhyak Rm65 dikenakan. Ok apa? Yuran untuk seumur hidup. Orang putih kata ' No renewable'. 

Apa pulak kelebihan kalau saya menjadi ahli Shaklee? Boleh dapat disakuan separuh harga ke? Boleh dapat point ke? Boleh reedem barang ke? No...No..... Sebenarnya masih ramai lagi yang kurang jelas. Bila kata jadi ahli..semua pikir takut lah nanti kena buat bisness. Looooo...tak de kene mengena pun dengan bisness Shaklee derrrrrr.

 6 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1. Anda akan dapat berjimat sehingga 20 peratus dengan membuat pembelian dengan harga ahli. Lebih-lebih lagi, dari setiap pembelian, anda akan diberikan mata ganjaran dan kemudian ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan.

2. Korang mesti pemegang kad sogo kan? Contoh terdekat macam Diana. Segala mak nenek kad Diana ada. Orang kata penuh dengan kad je, bukan  penuh dengan duit pun. (^____^). Orang kata sambil bershopping boleh kumpul point. Nanti point dah banyak boleh reedeem dengan voucher. 

Jangan tak tahu, Shaklee pun ada jugak sistem kumpul point ni...point tu kita panggil UV (Unit Volume). Tapi dalam Shaklee, sistem kumpul point dia lagi best! Apa yange bestnya?

Lagi besar UV kita, lagi banyak Cash back kita dapat? Apa itu Cash back? Shaklee akan masukkan semula duit yang terkumpul dari jumlah UV yang kita dapat ke dalam akaun bank anda. Makin banyak UV yang terkumpul, maka makin banyaklah Cash yang akan kita perolehi.

3. Tidak memerlukan modal yang besar
Yuran keahlian sebanyak RM65 untuk seumur hidup. Kalau joined ahli Popular Book store pun setahun Rm12. Kene renew setiap tahun lagi. Tapi di Shaklee, no renewable. Takkan ada tarikh sah luput.

4. Promosi produk secara bulanan. Setiap bulan Shaklee akan mengadakan promosi KHAS untuk ahli-ahlinya. Diantaranya:-

Promosi beli 6 percuma 1
Promosi twin pack less 5%

5. Tidak mengenakan syarat wajib mengumpul point.  Andai kata bulan tu  korang  tak ada buat pembelian keahlian korang tidak akan terjejas sama sekali. Cuma korang tak dapat cash back je.

6. Peluang menjana pendapatan sehinggan 4-5 angka setiap bulan.
Peluang ni terbuka kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan. Konsep bisnes Shaklee sangat mudah, ianya juga patuh syariah dan kita tak perlu keluar rumah untuk cari prospek. 

Selain tu, Shaklee akan bagi elaun insentif setiap bulan apabila kita dah berjaya mencapai sesuatu tahap...ianya dipanggil Car bonus. Bukanlah kasi sebiji kete,tapi berbentuk elaun. Ikut suka koranglah nak belia apa. hak individu ye.

Shaklee juga akan memberi insentif kepada ahli-ahli yang layak bercuti ke dalam dan luar negara (Convention) secara percuma.


Maka lengkaplah program 3C yang Shaklee berikan untuk anda semua termasuk Diana.


Boleh tak kalau saya nak joined jadi ahli, tetapi tak mau buat bisness? Awat tak boleh pulak. YURAN KEAHLIAN SEBANYAK RM65 SEUMUR HIDUP. Tak nak ke?


 (^___^)

Hubungi Diana











Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.

22 February 2015

Betul ker kasut ber saiz 4 sukar dicari?

Haaaa... betul tak? Siapa di sini kaki bersaiz 4 macam Diana. Susah ke senang nak carik kasut? Sebenarnya Diana ni bukanlah fussy sangat bab memilih kasut ni. Tapi bila ada 'spek' yang dikehendaki tu yang jadik payah.

spek pertama : Nak yang branded je (berlagak tak ingat)...hahha..tapi budget ciput. Apa kes?

Spek ke dua : Nak yang patern moden dan bergaya..tapi simple

Spek ke tiga : Nak color selain dari hitam dan coklat. Kalau dapat merah sangatlah seronok.

Spek ke empat : Nak yang full leather..sebab yang paling logik nak pakai tahan lasak dan yang paling penting  tak gigit kaki...hahhahah

Spek ke lima : Selesa bila dipakai..almaklumlah kaki ku tidak meruncing seperti si bujur sirih..kembang semangkuk adalah.....kalau pilih yang muncing-muncung ala mulut buaya..memang carik nahaslah gamaknya

Spek ke enam : Tak kan sesekali mencari yang new arrival..kerana harganya yang jugak new arrival.

Bila spek-spek ni terlist down, maka dari AEON Wangsa Maju, ke Festival city Mall ke SOGO dan Finally ke Alamanda Putrjaya TIDAK juga ku temui kasut kegemaran aku. Ada pekenan, saiz pulak dah abis. Most of them saiz 4 out of stock. Apa daaaaa.........

Jadi terpaksalah menggunakan khimat cik Hp semula. Maaf yer cik Hush Puppies..khidmat mu masih ku perlukan. Kasut ni dah lebih kurang 8 tahun berkhidmat untuk tuannya. dari beranak satu sampai sekarang dah beranak dua. Umurnya sebaya dengan anak Diana yang berusia 8 tahun. Sampai tapak pun dah haus. 

kasut pun dah naik kusam

Dulu beli pun tak mahal mana, siap ada diskaun lagi. Benarlah orang kata kalau beli yang mahal sikit pasti TAHAN LAMA. Tapi ni dah lama sangatttttt.....kahkahkahkahhhhh. Nak kasut baru!

Macam tu juga dengan kisah Vitamin Diana. Tugas Diana selaku  Pengedar sentiasa  memastikan semua  Vitamin yang Diana edarkan adalah Vitamin yang mendapat kelulusan dari KKM, Yang Halal , 100% kepuasan dijamin dan sentiasa berkesan. 













Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.



21 February 2015

Kacang Soya Sumber protin Semulajadi

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun Diana minum ESP (Energizing Soy Protin). Sejenis minuman yang berasaskan kacang soya sebagai bahan utamanya. Walaupun dicelah-celah kelazatan ESP tersebut terselit ISU kontrovasi pasal kacamg Soya.

Apakah Perbezaan protin soya jenama Shaklee dengan jenama lain?
  • MENABJUBKAN  kacang soya tersebut mengandungi 'non-gmo' (Non -Genecally Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • MENABJUBKAN kacang soya tersebut melalui kaedah pemprosesan yang selamat iaitu ia dicuci dengan air bertujuan untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein. Berbeza dengan sesetengah protien soya yang diproses dengan menggunakan allkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja boleh menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.
  • MENABJUBKAN shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan peruabhangenetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
  • MENABJUBKAN Genestein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaanya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser, Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser. 
  • MENABJUBKAN soya protein nya membekalkan 5 sumber vitamindan 4 sumber mineral, rendah lemak, tiada kolestrol,tiada asid uric.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, cuba cari pak google yer. Untuk maklumat tambahan, Shaklee merupakan Syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya.Hakikatnya pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak uijian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya ada;lah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.


Sekian, sharing untuk kali ini.

Petikan dari kata-kata Dr Zubaidi

SOYA MENCEGAH KANSER PAYUDARA

"Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.
Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.
Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dala, soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.
Walau bagaimana pun amalan ini hanyalah mencegah bagi wanita yang berisiko terutama jika ibu atau ibu saudara mereka pernah mengalami kanser payudara. Ia bukanlah kaedah rawatan untuk kanser payudara."


Belanja sekeping paras rupa serbuk kacang soya pilihan Diana juga para wanita di abad ini







Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.

20 February 2015

Rawatan alternatif untuk sakit sendi/arthistis

Hari ni Diana nak sambung cerita berkenaan vitamin Sakit Sendi yang Diana kongsikan tempoh hari. Bagi yang dah lupa atau terlepas baca,boleh ulangkaji di link ni yer.


Advanced Joint Healh terdiri daraipada 4 bahan utama yang terdiri daripada :

1. Ekstrak Boswellia : Diperlolehi dari resin pokok Boswellia Serrata, Ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ektrrak proprietary Boswellia yang digunakan di dalam New Advanced Joint Health Compleks, mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA(3-acetyl-aa-keto -beta-boswellia acid), satu asid boswellik, dan lain-lain konstituen Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioktivity yang lebih unggul dari hanya AKBA. Di dalam kajian klinikal terbaru, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia di dalam  Advanced Joint Health Compleks melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih  mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding dengan mereka yang mengambil suatu lagi jensi ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

2. Ekstrk Jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat
 
Apa itu Glukosamin?
Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Banyak kajian menunjukkan supplemen glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti. 

New advanced Joint Health Compleks menampilkan glukosamin hidroklorid, sumber yang paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi dari sumber sayuran(ektrak jagung, berbanding dengan kebanyakkan glukosamin yang diperloleh dari sumber kekerang.

3. Vitamin C
New Advanced Joint Health Complex membekalkan 100% daily Value (Nilai Harian) vitamin c, satu nutrien yang diperlukan bagi sintesis Kolagen.

4. Zink, kuprum dan mangganes diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Semua ingredien di atas telah diuji Secara Klinikal. Ia bertindak lebih Cepat dan lebih berkesan.

 
Sumber Rujukan, Panduan nutrisi
 

 

Sebotol mengandungi 60 biji
Harga Runcit : RM124.00
Diskaun keahlian sebanyak  20-25%

Cara Pengambilan
1 biji, 2 kali sehari

Memperbaiki keselsaan sendi

17 February 2015

13 sebab -sebab sakit sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  1.  Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  2.  Berat badan berlebihan
  3.  Sendi haus dan lusuh
  4.  Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  5.  Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  6.  Penyakit sendi seperti arthritis
  7.  Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  8.  Penyakit tulang
  9.  Ketumbuhan
  10.  Jangkitan kuman
  11.  Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  12.  Penyakit kronik
  13.  Keabnormalan metabolik seperti gout

Rawatan alternatif bersama 'Advanced Joint health Complex' 

Kajian klinikal menunjukkan bahawa 'Advanced Joint Health mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5- 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka. 

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong Kesihatan Sendi untyuk jangka masa panjang.
  • Merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi-sendi yang direka khas termasuk zink, kuprum,manganese.
  • Mengandungi vitamin C yang bertindak untuk membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.
TIDAK seperti kebanyakkan supplimen kesihatan sendi, Advanced Joint Health Complex:
  • 100% bebas kekerang
  • 100% Vegetarian (Extract Boswellia dan ekstrak jagung)
  • 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • caplet yang mudah untuk ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis dan pengawet
  • Bebas gluten

Cara pengambilan
Sebiji 2 kali sehari selepas makan

Sumber rujukan : myhealth, buku panduan nutrisi

 

16 February 2015

Rahsia sendi sihat

credit picture from google
New Advance Joint Health Complex membantu sendi sihat dalam 3 cara:
  1. Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kologen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
  3. Meningkatkan keselesaan Sendi : Ekstrak Boswellia membantu membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaki keselesaan sendi.
Di dalam kajian klinikal yang terbaru, para peserta yang mengambil extrak Boswellia di dalam New Advanced Joint Health melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding dengan mereka yang mengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.
   




15 February 2015

Kek keju mudah dan sedap

Sabtu lepas, baby siter haikal on leave. Terpaksalah mama gunakan khidmat mak ngah untuk menjadi bb siter Haikal. Seharian pikir nak bawak apa g umah mak ngah ni. Orang berbudi kita merasa.Tak kan nak lengang kangkung je kan. Dahlah suruh orang jagakan anak kita. Kenelah pandai amik hati orang. Yer idok? Habis memerah otak , dapat satu idea, apa kata  buatkan kek keju seketul. Senang dan mudah. 

Korang suka makan kek keju tak? Kebetulan Diana memang suka, minat tahap gaban bab membaking ni.  Cumanya bab makan tu failed.  Tekak tak boleh nak tima kek cheese. 'Awak' tekak orang kampung. (^___^) Tapi  tak suka tak bermakna tak perlu tahu dan belajar. Am i right?

Resipi ni senang yang amat nak buat. Korang guna cheese slice je. Tak yah guna cream cheese. Rasa pun tak banyak beze. Orang katalah. 

Resipi asal Diana google dari tuan punya blog jintan manis. Tq cik jintan manis. Resipi yang mudah, simple dan sedap. Tapi untuk resipi dibawah,Diana ada ubah beberapa item. Contohnya Diana gantikan tepung gandum dengan tepung superfine dan tepung kek. Vanila Diana gantikan dengan pati lemon.


Bahan-bahanya 
Resipi kek Keju 

4-5 keping slice cheese
70g butter

200 ml susu segar

70g gula icing
4 biji telor saiz M
1 sudu teh lemon
 
50 g tepung superfine, 20 g tepung kek. Dua-dua Diana guna brand Blue Key.
 
 
Cara-caranya

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Pantang nenek moyang..masa asingkan kuning telor degan putih telor jangan sesekali tercampur telor kuning ke dalam putih telor. Kelak kek akan terbantut tumbesarannya. maka jadilah 'kek yang batat'

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan i sudu teh lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Tadaaa..siap untuk dipacking ke opis, akibat satu umah tidak menggemari kek keju kegemaran ramai ni.


Diana dah cuba resipi ni berpuluh kali, so jangan salahkan resipi kalau tak menjadi...*______*


Peringatan dari blog jintan manis - Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

Selamat membaking. 

Kali pertama cuba memang akan huru hara, jangan risau..tu namanya proses belajar....practice make perfect!

Batuk oh batuk

Baru-baru ni Haikal diserang batuk. Kalau kakak Arissa diserang batuk, mama tak bapa susah hati. tapi kalau si Haikal...naik serabut mama dengan abah dibuatnya. Sebabnya si Haikal ada sejarah 'lelah@asma.

Serbuk Nutiferon
Pulak tu stok Nutriferon di seluruh Malaysia 'OUT OF STOCK'. Kebiasaannya kalau demam atau batuk memang kasi serbuk Nutriferon je. Budak-budak pun dah biasa telan serbuk tu. Hahhaha..Kalau budak-budak berusia bawah 6 tahun kasi secubit dua je. Kalau umur 7 tahun ke atas boleh kasi 1/2 sachet. Kalau dewasa boleh minum satu sachet. Kalau Diana bubuh dalam air, then minum. Rasa tak tertelan pulak kalau tak campur dengan air. Jadi kat umah memang tak standby ubat-ubat klinik. dan budak-budak pun dah paham kalau demam, batuk telan serbuk hijau tu je. (^_^)

Cumanya sekarang, Nutriferon dah abis. What should i do? Sepantas kilas mama amik OMEGA. Sebab ada orang kata kalau batuk bagus juga amik Omega. Boleh panaskan dada. Tapi masalah jugak, sebab si Haikal reject telan omega. Dia tak pandai nak telan. Yang dia tahu kunyah macam kunyak vitamin C. Separuh jalan mengunyah, dia kuarkan dari mulut dia balik. wow! kuatnya bau ikan. Mama lari dulu. Tersangatlah hanyir ok. Tapi tulah yang banyak khasiatnya. 

Omegaguard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omegaguard merupakan minyka ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian omega dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega -3 EPA dan HDA.

Disebabkan Haikal tak pandai telan, tak pandai kunyah. Mama nak cuba cara jalan lain pulak. Diana cucuk dan picit omega tu then campur dengan susu dia. Ngeh-ngeh.....itu pun kene pandai cari masa yang sesuai. kalau bagi masa dia tengah lompat sana-lompat sini...jangam mimpi lah dia nak minum jugak. Dia seakan tahu dan boleh rasa susu dia ada bubuh menda lain. ^_^

Waktu yang paling afdal ialah ketika dia sedang tido. Masanya antara pukul 4-6 pagi. Masa tu dia tak sedar, bubuh apa pun dalam susu dia, pasti dibedalnya. Janji boleh tembus ke seluruh sel-sel dalam badan Haikal.

Itu cerita hari pertama. Cerita hari ke-dua kantoi. Bila dah siap-siap nak sumbat dalam mulut si Haikal, dia dah start bukak mata. Jangan mimpilah lagu tu. Sampai ke sudah dia tak nak minum susu dia. Mission Impossible Failed.

Langkah seterusnya mama jumpa ni. Yang ni pasti haikal tak boleh lari. Diana siap pegang kaki, tangan segala. Bersilat sekejap dengan Si Haikal. Berjaya dengan sekali picitan tanpa pembaziran berlaku. Takut jugak dia muntahkan balik. 

Yang penting, sekarang batuk haikal tidak kedengaran lagi. Kalau ada pun dah sayup-sayup kedengaran. 

Mama dah boleh tarik nafas lega.

12 February 2015

Pengambilan Kalsium ketika dalam pantang

Bila cerita pasal 'BERPANTANG' teringat pulak zaman 'BERPANTANG' sebanyak 2 kali. Bunyi macam banyak je kan..Hihihii..sekarang baru ada 2 orang anak, so bermaksud baru melalui 2 pengalaman BERPANTANG. Pengalaman yang ke-3?????? Biarlah rahsia.

Dua kali berpantang banyak syok. ( Pada hal hari-hari dok menghitung hari )..seksa weiiiii. ^_^. Masa tu tak makan apa-apa suppliment pun. Makan jamu je. Tu pun banyak mengelat. Habislah pas ni selalu sakit urat. Padanlah muka sendiri kan. Rugi masa tu tak kenal suppliment pun. Walaupun di ketika itu suppliment bersepah-sepah dijual di farmasi. Bukan tak  tahu, tapi just ignore je. Sampai macam tu sekali tahap  keterukan melanda aku. 

TETAPI bila terbaca 'petikan artikel Dr Zubaidi, barulah paham. Al kisahnya, semasa dalam 'PANTANG' pengambilan kalsium amatlah penting. Ini kerana:-
  1. Kalsium adalah zat yang sangat penting untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan
  2. kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan.
  3. Kalsium dapat menghalang pembentukan  darah beku pada saluran darah ketikan banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.
  4. Kalsium juga sangat penting untuk memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan.
  5. Kalsium membantu mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.
Ha gituuuu...kisahnya. Untuk berpantang kali ke-3 kelak, PASTI berbotol-botol standby. Tapi ikutkan sekarang pun memang dah amalkan kalsium jenama Shaklee. "Ostematrix" namanya. *_*



10 February 2015

Hargai masa yang ada

Masa terlalu emas. Masa terlalu cepat berlalu.

Sedar tak sedar Januari sudah berlalu. Hari ni pun dah 10hb Febuari. Setiap hari berlari antar Haikal ke umah bb siter. Berlari pulak ke tempat kerja. Balik kerja berlari jemput anak dari umah baby siter. Seminggu sekali berlari ke keje lagi satu. Hahhaha...Diana memang banyak keje. Adakalanya habis kerja singgah di Shaklee branch. Amik order customer. Ada masanya kene COD barang customer pulak.

Bila sampai umah..hari-hari masak day. Adalah sekali sekala g makan kat luar jugak. Hihihi. Ngelat memasak. Hari-hari memasak kadang-kadang ketandusan idea. Last-last ' jom kita makan luar". Mama gantung kuali. Kebiasaannya pukul 7 malam baru sampai umah. Gedebak gedebuk pukul 9 malam baru makan. Ada sekali tu pukul 10 malam kite orang makan malam. Gara-gara masak gulai daging kambing. Kahkahkah...kene tunggu daging sampai empuk maaa.........

Bila nampak kain berlonggok, lantai bercapuk berlari pulak ngejar buat keje umah. Waaaa....sedar-sedar jam dah pukul 12 malam. Mata dan ngantuk buang badan ke tilam jelah.

Cuma satu Diana sentiasa pesan kat diri sendiri..Even sibuk macam mana pun...Ada 3 perkara yang harus ditiberatkan ialah
  1. Jangan skip mengaji...curi-curi masa yang ada..pasti sempat untuk mengaji. Mengaji adalah terapi minda dan hati. Mengaji mampu  menenangkan hati yang gundah gulana. 
  2. Jangan skip berzikir. Berzikir ni sambil-sabil drive pun boleh. Tu yang Dian biasa buat. Non-stop berzikir.
  3. Jangan skip berdhuha di awal pagi. Insyaallah segala urusan yang ingin dilaksanakan dipermudahkan. 
  4. Jangan tinggalkan SOLAT.
Diana sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan Diana di muka bumi ini. Dipermudahkan menjadi seorang hamba yang baik. Dipermudahkan menjadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Dipermudahkan menjadi seorang ister kebanggaan suami. Dipermudahkan menjadi seorang ibu yang cukup sempurna. Dipermudahkan segala urusan perniagaan Shaklee ku. Amin.


08 February 2015

9 Ciri-ciri Makanan Tambahan protin yang UNGGUL

  1. Ia harus mempunyai PER(nisbah efficient protein) yang tinggi. Kesemua 9 asid amino harus wujud serentak  dan pada nisbah yang betul untuk membolehkan penggunaan maksimum
  2. Ia harus telah teruji dan didapati memenuhi segala dakwaan yang disenaraikan pada label
  3. Ia harus tidak mengandungi hormon, antibiotic, atau lain-lain bahan kimia, yang merbahaya
  4. Ia harus tidak mengandungi tambahan pewarna, perisa  atau pengawet tiruan. 
  5. Ia harus tidak mengandungi kolestrol ataupun amaun yang minima
  6. Ia harus mengandungi  paras lemak yang paling rendah
  7. Ia harus mengandungi asingan protin kacang soya sebagai ramuan utama.
  8. Ia harus mengandungi  kalori paling rendah supaya berguna dalam program mengurangkan berat badan.
  9. Ia harus memerlukan penyediaan yang minimal  dan yang paling penting sekali ia harus tidak dimasak.

Makanan Tambahan protin tunggal yang saya dapati memenuhi kesemua syarat ialah Shaklee Instant Protein Drink. Atau lebih dikenali sebagai Energizing Soy Proten(ESP). 


Daripada kesemua keluarannya diuji ia terbukti superior dari segi pemakanan. Shaklee instant Protein mengandungi protein berkualiti tinggi  berbanding dari mana-mana sember makanan utama .




 Bandingkan
Lemak
Kolestrol
Shaklee Instant Produk Drink, 1 aun
1.0gm
0mg
Round Steak, 2 aun
8.7gm
39.7mg
Roasted Chicken, 2 aun
3.6gm
34.0mg
Broiled salmon, 2 aun
4.4gm
41.7mg
Telor sederhana, 3 biji
14.3gm
770mg
keju Cheddar, 2 aun
20.9gm
65.2mg

* Setiap makanan protin yang disenaraikan mengandungi 16g protein.