Power Pumping dan keberkesanannya
Power Pumping @ nama glomournya PP. Pertama kali Diana dengar 'PP' dalam hati terdetik..apa tu 'PP'. Orang yang dah pernah full breastfeed selalu sibuk sebut PP. Suatu hari ade orang cita kat FB pasal PP. Diana dengan tak malu pm that girl..tanya dia apa itu PP. Ingat lagi nama kakak tu SITI ROHANA. Dia banyak mengajar diana pasal PP or Power Pumping. Dari A-Z dia ceritakan. Diana ada google, tapi susah nak paham..sebab PP more to praktikal..bukan teori.
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan
penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm
cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak
langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini
digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah
berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan
semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10
minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya,
setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10
minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya
selama 1 jam.
Waktu yang disarankan
Antara pukul 4- 5 pagi kerana pada masa tersebut pengeluaran hormon lebih tinggi berbanding pada waktu lain.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu!
Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,
teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha,
doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Pengalaman sendiri.
pernah tertido sambil buat power pumping
pernah sampai melecet puting sbb almost sebulan buat pp
The best thing PP sangat-sangat membantu dalam meneruskan misi utk menyusukan haikal sehingga sekarang ( 2 tahun 5 bulan umurnya)
Pesanan
amalkan PP ni selalu. kerana susu memnag meriah selepas itu. Sumpah Meriahhh.
No comments:
Post a Comment