08 August 2014

Sedapnya Susu mama #episod 1

[Episod Pertama]

 Kaedah banyakkan susu ibu



Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.







Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.






Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.




Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.





*Semua kaedah di atas diana dah praktis kan during breasfeed Amar Haikal last 2012...Sumpah tak tipu...Hasil yang sangat memberangsangkan. Selagi ANDA nak berusaha...selagi ANDA tidak berputus asa...selagi ANDA rajin..selagi ANDA ingin menyusukan bayi...@ tahun Full Breastfeed di tangan ANDA.

Diana sentiasa mendoakan kejayaan Kalian....

No comments:

Post a Comment