Sempena bulan promosi GLA Complex....diana nak kupaskan isu 'senggugut'
Secara jujurnya, diana tak pernah rasa mcm mana sakitnya senggugut ni. Sejak dari period seawal umur 12 tahun..sehingga lah sekarang dah berusia 32 tahun. Sumpah tak Propa, sumpah tak tipu..inilah kenyataan. Bila dengar ramai kawan-kawan yang mengalami senngunut ketika period..sayu rasa hati. Timbul rasa simpati. Teringat masa nak deliver kan anak no 2...Dr Amiza sempat terangkan apa itu 'kontraksi' nak beranak. Diana sempat melawak dgn Dr Hamiza..sakit ker ketika kontraksi tu? Macam mana rasa sakit tu. Sambil tersenyum Dr Hamiza kata.."u rasa tak senggungut tu mcm mn..bayangkan 10x ganda sakitnya". Diana hanya terkebil-kebil jer. Sebab tak pernah rasa 'senggugut'. Bila tiba hari nak deliver...super2 senggugut diana rasa...sakit tak terkata...dalam hati..mcm ni rupenya sakit senggugut. OMG!!!!!.bezenya diana rasa bapak 'senggugut'......
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia
merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan
dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan
mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja ,
sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai
faktor.
Haid
normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer,
sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa
bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem
reproduktif saperti endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut
primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari
biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari
itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut.
Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan
kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
- rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke
kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan
atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Kenapa ia berlaku?
Banyak
sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di
sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim
ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi
konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
- Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
- ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di
bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen
(hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan
terlecur
- Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
* Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa
keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung
memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa
membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit
kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah.
Dengan Suppliment Of Course dengan Shaklee:
Gabungan Terbaik utk melegakan senggugut |
Nak tahu lebih lanjut, bolehlah menghubungi diana di talian 019-3250676, FB : Mar diana : email : mardianaabudarin@gmail.com
No comments:
Post a Comment