31 August 2014

Semuanya kisah si amar haikal



 
Antara koleksi si Haikal comeiii
Haikal diserang asma seawal usia 7 bulan. Macam mana bayi yang berumur 7 bulan boleh kene yer? Mungkin salah satu sebab yang nyata is penyakit keturunan. YES..his abah masa kecik2 dulu ade asma. So tak peliklah si haikal pulak yang menjejakinya. Cmnya mama tidak bersedia dan amat terkejut bile mula-mula doktor sahkan haikal ade asma.

Seawal umur 7 bulan haikal dah kene amik nebulizer. Tapi sebenarnya ade cite lain jugak mcm mana haikal boleh kene  asma tu.



Jeng!jeng!

Bukan nak menyalahkan sesiapa..bukan jugak nak menuding jari kepada sesiapa pun. Haikal ni dijaga oleh pengasuh. Pengasuh yang sama yang menegasuh  kak longnye si arissa humaira. Cuma keadaan yang membezekan. Berbeza dari segi penjagaan. Dulu mak pengasuh asuh si kak long sorang jer.  Bila tiba masa haikal mak pengasuh mengasuh seramai 14 orang. Dah mcm taska pun ada. 12 orang dipecah-pecahkan lagi kepada 6 orang lebih kurang usia haikal. Pastu 2 orang berumur 6 tahun. Sorang dah sek darjah 5. Siap jaga cucu lagi 2 orag.  So memang huru-hara. Masa abis pantang antar haikal ni..kami tak berapa nak risau, tak berapa nak heran. Sbb dalam kepala mak cik ni jaga ok. Sebab ngk die jg kakak dulu ok jer kut.

Tetapi lama kelamaaan Nampak haikal pelik…pelik mcm mn tu.. pelik bila mama jemput masuk dlm kete..masuk dlm carseat..he will cry..and  cry sepanjang jalan. Hari-hari mcm tu. Ikutkan blh sampai umah 15-20 minit..jadi 40minit. Mama kene berhenti dulu..bagi ‘tek’ dulu. Si haikal ni budak full breastfeeding.

Pelik pertama suka menangis…dan suka menangis…

Pelik seterusnya die mudah selsema, mudah demam. Mudah sangat. Org kata budak breastfeed antibody kuat kann. But not he. Bile diselidik…rupa-rupanya semua baby di sana asyik selsema jer. Bila sorg elok..sorg lagi kene. So memang sampai bile2 tak kan sembuh. Tang tu mama butekan mata lg
Pelik seterusnya…setiap hari mama akan bekalkan 4 botol susu EBM utk haikal. Pernah sekali bila mama bukak freeze nak amik susu balace haikal, suddenly sangat sentap bila tgk ade 4 botol lgk. Sama byk mcm jumlah  pg tdk. Peristiwa tu berlaku masa haikal berumur 7 bulan kut. Luluhnya hati mama masa tu. Kesian haikal tak minum susu seharian. Dan pernah sekali kak long mengadu nenek marah sbb asyik kene panaskan susu adik jer. Susu EBM ni memang Nampak  leceh. Tp ia masih boleh diselesaikan. Bila dah kene mcm tu mama masih bertahan. Serius! Mama tak pernah nak maki, apatah lagk nak marah kan mak pengasuh tu. Tapi sangat terkilan ok.   

Hari demi hari sampai satu masa kami sentiasa berulang alik ke klinik..sebab haikal mudah selsema dan batuk. Last pg sampai kene amik neblizer. Kesian Haikal. Kene sedut Nebulizer, sbb kahak yang dah byk sangat. Haikal susah nak bernafas. So kene jugak sedut neb tu.

Tapi semingu selepas tu haikal batuk balik. Sampai satu tahap abah dah hilang sabar. Yang menjadikan  Kami x blh sabar sebab mak pengasuh boleh amik baby baru lagi. Kami hanya mampu berpandangan satu sama lain. Haikal terus menjadi penghuni  tetap klinik  setia.


Penyedut tetap nebulizer.
Finally..dengan berat hati, kami berjumpa dengan mak pengasuh menyatakan kami nak antar haikal ker tpt lain. Sebb utama yg kami kasi tahu ialah haikal selalu tak sihat. Tapi jauh disudut hati kami terkilan dengan sikap mak pengasuh yg acuh x acuh menjaga anak kami. Kami tak minta anak kami ditatang bagai minyak yg penuh, tp kami amat terkilan kenapa die boleh nak tambah lagi anak jagaan die.

So genap umur haikal 12 bulan kami menukarnya di tempat pengasuh baru.

Di umah pengasuh baru,,haikal dijaga dengan sempurna. Kerana di sana hanya die dan sorg budak berusia 3 tahun ketika itu. Cumanya walaupun di tempat baru, penyakit asma haikal masih tetap ‘ado’ dah sebati kut.

Biasalah..once bila dah ade asma memang payah nak dinyahkan.

Kami cuba utk cari supplement yang sesuai..tapi pada masa tu kami hanya nampak Shaklee jer boleh membantu. Tetapi untuk mencubanya kami terpaksa menunggu kene tunggu Haikal berumur setahun.
                                                                                                               
Bila umur hanikal sudah menjangkau setahun…kami cuba Meal shakes. Cuma bancuhkan dalam susunya. Bunyi mcm senang. Tapi ianya sukar pada kami. Sukar, sebab haikal breastfeed, jdk dia tak boleh nak terima susu formula yg telah dicampurkan bersama meal shakes. Iktiar kami, dengan menembak gune picagari. Setiap hari sekali kami mesti tembak. Memang payah, memang sukar, memamg leceh…tp apakan daya itu lg terbaik dr ulang alik ke klinik ok.

Diam-diam tak diam, lama-lama haikal semakin besar, kami tetap konsisten kasi haikal minum meal shakes. Bila ngk gigi haikal dah penuh..die dah pandai mkn candy..we move on Chew vit C dan OmegaGuard. tak sangka haikal suka pulak. Hari2 dok kunyah chew vit c. sehari sebijik jer.

Ari ini..haikal dah berusia 2 tahun 5 bulan…

Semakin sihat, semakin ceria, semakin aktif. No More asma. Bebas dari Nebulizer Alhamdulilah.

kisah seorang budak asma

 



No comments:

Post a Comment