Apakah yang boleh saya lakukan
untuk merawat payudara bengkak?
1.Pertama, ingatlah bahawa
payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu
untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan
menghasilkan jumlah yang sesuai.sebagai contoh. diana mengalami bengkak susu sehingga sebulan. bengkak then surut sehari dua..then bengkak balik. Positifnya
2.Pakailah coli menyusu yang
memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan
tidak terlalu ketat.
3.Susukan bayi anda dengan
kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi
anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah
payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah
dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan
yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
4. Mungkin sukar untuk bayi
anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling
puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah
dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara
untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada,
ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri
mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan
areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
5. Jika buah dada adalah
terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan
susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan
susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada
keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.Semasa bayi sedang menyusu,
urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu
pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan
ketidakselesaan pada payudara.
7.Sesetengah wanita mendapati,
meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan,
walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan
penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak
iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
8.Jika anda tidak dapat menahan
sakit, anda boleh mengamalkan suppliment seperi Lecitin, Nutriferon dari Shaklee.
9.Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke
puting).
10. Ambil cuka makan dan campurkan
dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu
dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada
lagi masalah bengkak.
11. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak
zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk.
Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan
pengeluaran susu. Ia juga dapat mengurangkan rasa bengkak susu tersebut.
pesanan penaja
'Selamat menyusutkan bengkak Susu'
Sakit itu adalah satu anugerah yang akan membawa kepada kemanisan
No comments:
Post a Comment