30 September 2014

Herb-lax " julab terbaik"


Baru mlm tdk telan julab "Herb-lax" ternyata berkesan. hari ni dah rasa nak membuang. Kalau tak selama ni simpan jer. 4-5 hari baru nak 'buang'. Tak tahulah nak simpan apa lama-lama tu. Sekarang nak ubah schdule membuang. Nak buang setiap hari. Nak kosong kn usus. Nak pelihara usus. 

For those yang nak berdiet, diana  sangat-sangat mengalukan pengambilan Herb-Lax ni. Mulakan langkah pertama anda dengan sesi Pembuangan.

jom kite sembang apa julab yang diana makan tu.

Herb-lax

Perbezaan Shaklee:
Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, bukhon bark, lirorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.


Herb-Lax berfungsi sebagai
  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membnatu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba
herb-lax julat terbaik anda 
AWAS! Sila ambil perhatian

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herba-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang teruk/serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman /pembuagan kembali normal.

29 September 2014

Perlukah badan kita di detox kan?

Tak de hujan, x de angin..tiba-tiba rasa nak tulis entry ni  pada ari ini.

Puncanya rasa tak sedap hati jer..selama ni makan vitamin berkilo-kilo tapi tak pernah amik vitamin utk detox badan.

Selalu mind set kata nak buat ape detox badan. Badan aku ok jer. Sihat jer. Bukan gemuk pun. Membuang jer mcm biasa. Yang penting No sembelit. kenapa aku mesti detox badan aku?

Tapi kita ni kadang-kadang bila dah tergadah baru nak terhegeh-hegeh. kann. Diana lah tu orangnya. 

Dipendekkan  cerita, ari tu g menziarah kwn seuniversiti dulu...baru dapat baby anak ke-2. Sambil-sambil nak COD barang yang die pesan kami menyembang panjang lah. Biasalah cerita-cerita org perempuan ni. 

Tu yang terkeluar pasal cerita detox badan. Doktor kasi tahu, kwn diana ni ade masalah usus dan kolestrol tinggi dalam badan. Semuanye berpunca dari popoo yang tak lawas. Tak lawas ni bkan lah masksudnya sembeli semata. Tetapi bila kite membuang air besar hanya seminggu sekali or lebih lagik. It should be hari-hari. Tu yang dia nak try Herba-lax. supaya boleh membantu buang air besar hari-hari. Bagus utk usus.

So selepas balik dar umah kwn tu.diana dok terngiang-ngiang ape yg doktor  ckp tu. Mula pkirkan pasl diri ni. Diana bukanlah seorg yg gemuk. Berat 40kg jer. Tp bab membuang tu memang failed. Kadang2 seminggu sekali..kadang2 jer dapat 2-3 hari sekali. Bila teringat psl usus..mulalah teringat psl histroy kami yg  ade keturuan penyakit usus.

Dari atok sedara, nenek kandung, mak sedara...semua pernah ade masalah usus. pendek cerita History kanser Usus. Wahhhh..banyak takut maaa!

Disebabkan rasa takut tu lantas aku terus g beli Herb-lax. Hopefully bolehlah membantu membunag setiap hari.

chayokkk!!!!

Jangan  lupa waktu pengambilan Herb-lax

Untuk kesihatan berpanjangan                                2x seminggu 
                                                                                                4 biji setiap kali sebelum tido

Untuk pembersihan usus/detoksifikasi,               2x sehari
melawan kanser, mengawal berat badan             3 biji setiap kali
                                                                                                selepas makan dan sebelum tido

atasi masalh sembelit dgn herba lax

28 September 2014

katakan tidak pada ubat batuk


Jika 2 tahun lepas anak-anak memang bergantung dengan ubat batuk dari klinik.Nak-naknya si Haikal. Kalo batuk memang ade ubat batuk yang dirumus khas. Ubat batuk khas utk lelah/ kahak. Kalo yang jenis biasa, memang tak jalan. Silap-silap terus diserang asma.

Tapi semenjak mengenali Shaklee dengan lebih jelas dan paham, sekarang kalo anak-anak selsema, demam mahupun batuk memang dah tak amik ubat klinik. Tetapi lebih kepada suppliment @ makanan tambahan.

Yang pastinya kami memilih NUTRIFERON.

Kenapa diana memilih Nutriferon bukan suppliment yang lain?

Sebabnya :-
  • Nutriferon dapat  mengukuhkan Sitem Imun Badan dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya interferonsemulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa inteferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mnegerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-Cells, B-cells and makrofag.
  • Nutriferon mampun melawan kanser dan tumor. Interfron semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari ituia jugak mampu mengurangkan ketidakselesaan pada rawatan kimoterapi.
  • Nutriferon melindungi dari influenza. Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Nutriferon mampu meringankan stress dan kelesuan. Ia meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Nutriferon melambatkan proses penuaan. Formula unik Nutriferon mamou merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuma. Oleh hal yang demikian, sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Nuriferon mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatatis B, C. Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, mu tah kepada pesakit Hepatatis B, c
  • Nutriferon mempertingkatakn monopaus. Hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan moopaus akan menjadi lebih baik.
  • Nutriferon mempertingkatkan PMS. Ia terbukti secara Klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing.

jauhi anak-anak anda dari batuk

Apa kata mereka yang pernah menelan serbuk ajaib ini?

Cleaner opis : di..akak tak sihatlah. Dah banyak hari rasa seram sejuk nak demam jer. Badan ni jadik lemah-lemah jer. Pulak tu perut akk ni nampak buncit jer, dah lama tak period.  hormon tak stabil barangkali

Aku  : Akk cuba ni (Nutriferon). Bancuh dgn air suam. pastu diminum.

Selang 2, 3 hari. Jumpe blk akk cleaner tu.

Aku : kak, mcm mn dah sihat lum?

Cleaner  : Dah tak demam  diana. Sekali akk terus datang bulan.

See! Ini bukan  propa..apatah lagi auta.

Insyaallah. Ini berdasarkan kisah benar. Benar-benar berlaku.

Nak legekan batuk tanpa ubat batuk
Nak melegekan kes datang bulan
Nak legekan selsema, demam


rawatan batuk tanpa ubat
Nutriferon sejenis serbuk









Nak bersalin Normal ke Ceser # Episod 2



Episod 2

Sambungan cerita dari sedutan lepas.....
Baby  delivered jam pukul pukul 4.30 pg…lebih kurang kul 5.30-6.00 pg aku ditolak ke wad biasa.


Legenya rs bila  bb dah kuar. Boleh menarik nafas panjang. Pasni mood berpantang pulak yer. Berpantang secara cesarean.



Bersalin secara cesarean, ni betul lah tak sakit, tak yah nak teran-teran, Sedar-Sedar anak dah ade depan mata. Tp nak jaga dalam pantang tu  ya ampun. Punyalah susah. Pulak tu nak berjalan secara berdiri tegak pun payah. Bila batuk...itu dugaan paling bsr. Tak tahu mcm mn nak gambarkan. Pernah sekali aku ‘tersedak’ jer masa minum air…mak aiii..terus menangkap  kat perut. Ini dugaan-dugaan bile cesarean. 

ceserean-kesan jahitan
Aku ni penakut, bile berjalan tu..takut nak jalan tegak. Konon2 takut tertetas. Pada hal itu hanya persaan. Doktor tu dah jahit elok dahhhh. Akibatnya  postur badan aku berubah.  Aku mengalami sakit belaknag yang teruk. Gara-gara dah terbiasa jalan membongkok. Nasihat aku, kalo korang bersalin secara ceser please make sure jln dengan kedaaan yang betul. Org kata buat mcm biasa je. Sekarang ni, aku kene tongkat dengan supplement. Setiap hari Wajib telan Ostematrix. Postur badan tu tak lah berubah sgt pun. Cuma sakit belakang tu dah tak de.


So moral of the story..…jgn takut nak berjalan tegak,,,jgn membongkok..jln mcm biase jer yer. Utk mengelakkn postur badan berubah mcm diana.


Masa dalam pantang  diana tak mkn jamu.walaupun mak dah sediakan jamu. Sebab utama Ceserean. Kedua anak teruk jaundis. Bertunku, pakai bengkung semua zero. Diana cuma berpantang dr mkn ikan yg gatal..mcm ikan kembung, sardine, cencaru, mambung. Pastu Seafood totally tak amik lah..giler…kang berkudis pulak. Diana Cuma sapu cream gamat..dgn mkn gamat comogen..adelahlah dlm 2, 3 botol kut. Ms tu tak kenal Shaklee. Hihihi. Ruginya tak rasaaaa kehebatan Produk Shaklee masa tu. Nak kene  tgu incoming anak. Bila lah tu. Skrg umur dah 32 tahun…lagk 3-4 tahun kut. Hahhahah. Tua dah masa tu. 

Kalo korang nak try set berpantang Shaklee..Diana sangat menggalakkan. Yang bagusnya set berpantang ni...terdapat byk bonus di ctu...

Bukan sahaja badan jadi bertambah sihat, badan slim melim, susu meriah, kulit gebu gebas.


Esp                 :Membantu membekalkan tenaga, sekaligus menghasilkan susu ibu.
Ostematrix  :Membekalkan kalsium yang secukupnya untuk  ibu dan bayi dan sekaligus 
                          mengelakkan sembelit semasa tempih berpantang.
Vita-Lea        :Membentuk sel darah merah, memandangkan semasa melahirkan ibu
                          kehilangan banyak darah
Zink Compleks :Mempercepatkan pemulihan luka bersalin.
B-Compleks  : Anti- stress membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan semasa 
                            berpantang
Vitamin C      : Meningkatkan serta mengutakan sistem imun badan.





26 September 2014

'serbuk' melegakan batuk si kecil anda

Haikal batuk lagi. Tiba-tiba rasa badan die 'deda' tanda-tanda nak demam.

Sekarang dah tak kelam kabut mcm sebelum ni. asal batuk nak kene pantau..nak kene dgr pernafasan ade bunyi ade bunyi tak. Sebabnya kalao dah berbunyi tu nak kene bawak g klinik cepat-cepat. Nak elakkan amik nebulizer. Maklumlah Si Haikal ni dulu pengidap asma.

Tetapi sekarang kalo anak-anak batuk, selsema pertama sekali diana akan mandikan dengan air suam..dari kepala...basah abis nye.

pastu kasi anak-anak 2 bijik Chew-Vit C dengan suku sache Nutriferon.

Amalkan selama 3-5 hari berturut-turut. Inyaallah. BERKESAN!

Kalo anda masih ragu-ragu lagi..kenelah cuba sendiri.

Nak dapatkan Consultant secara percuma bolehlah menghubungi diana by email, whatapp, FB...dtg umah terus pun blh. Face To Face.


batuk? legakan batu dengan nutriferon shaklee






Resipi Donut-perasa meal shakes

Sejak menjak masak waktu pagi ni, rutin harian dah berubah. Kalo sebelum ni tepat jam 5.30 ptg, cabuttt, punch bla. Sebab nak rushing amik haikal dr umah pengasuh. Then nak msak utk makan malam. Gara-gara si suami tak suka mkn luar, tak sukan makanan bungkus, tak suka makanan pasar malam. Yg die nak ni air tangan isteri. Sejak bergelar isteri sampailah dah beranak dua ni ni...memasak tu wajib.

So dipendekkan cerita,selesai jer solat magrib..aku terus buat doh donut . Bukan sebab aku pandai buat donut..tapi sebab aku suka nak cuba resipi baru lagi. Resipi donut ni aku cari gali dari kak azie kitchen. Tima kasih kak Azie. Cuma aku edit skit jer.Jom salin Resipi

Resipi Donut Gebu Meal Shakes


Bahan-bahan 
500g tepung tepung gandum (Nak guna tepung high protein pun boleh jugak)
1 peket yis segera-11gram
50g mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula custor
2 sudu besar susu pekat & 2 sudu besar Mealshakes
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula icing atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, masukkan  separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada senduk (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan senduk).

Tambah lagi  tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. 
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.


Tadaaa..siap.

Resipi yang amat mudah, sedap & berkhasiat untuk anak-anak anda.

 

25 September 2014

Ramuan Utama yang terkandung dalam Collagen Powder- Shaklee



sisik ikan merha ade collagen
Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik Ikan Merah adalah sumber Kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan




Kolagen terdiri dari Ektrak biji camellia japonica
Ektrak biji camellia japonica
Biji Camelllia japonica terdiri dari asid oleic, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas





Ekstrak Pfaffia ramuan utama yang trdapat dalam collagen powder-
Ekstrak Pfaffia
Pfafifa yang jugak dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camellia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyalurionic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.



Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibal tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastic


ramuan utama yang trdapat dalam collagen powder- vitamin b, c
Vitamin c dan vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menetang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolism karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.



kekerang haiwan ramuan utama yang trdapat dalam collagen powder
Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintecis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidaksuburan mata.





Lactobacillus acidophilus ramuan utama yang terkandung dalam collagen powder
Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula system usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyeerapan kolagen.

24 September 2014

sebungkus lauk paprik RM8




Sekarang ni hari-hari aku bwk bekal g opis. Tak sanggup nak harungi harga kos mkn yg semakin meningkat. Dengan gaji aku yang tak pernah naik since tahun  2009. Jadi kene amik langkah berjimat cermat. Kalo tak..baru 5hb dah rs mcm hujung bulan. Bayangkan lah ari tu kwn aku bungkus lauk paprik daging yg ciput mencecah RM8. Harga tanpa nasi. Pada aku yang bergaji kecik ni, harga Rm8 tu sangat mahal. Kadang-kadang rasa tak logik pun ada.  Tapi apa nak dikata dah zaman sekarang semua kene akur. OMG!

So ari ni pakat-pakat nak masak asam pedas ikan mambung dgn masak kicap. Masak mkn tgh hari merangkap masak untuk makan mlm sekali. Blk keje kang senang..tak yah aku nak bersilat-silat nak mask utk mkn mlm segala kann. Masa yang ade aku boleh buat kerja-kerja umah yg lain. 

Bermulalah silat menyilat di dapur. Baangun seawal kul 3.30 pg. Bangun awal tu bukan apa, nak solat isyak dulu. Mlm tdk kepenatan, tertido. La ni b nak solat isyak. Yang diluar sana  jgn ikut perangai buruk aku ni. Melambat2kan waktu solat. Say No to melambaktkan waktu solat!

Alang-alang dah bangun tak yah gatai nak tido balik. Moh menghadap labtop pulak.Sambil-sambil tu kuarkan ikan dr freezer..rendam nak kasi cair. Pastu mengadap labtop balk..sampai kul 6 pg.

Tiba-tiba dtg pulak si kecik ni..ayoyo..ni mama paling letih..kalo die yg bangun dulu. Memang kecah..mama ade 2 menu nak disiapkan…nak kejutkan kakak bgn lgk..ohh ni cabaran di awal pg. setiap hari ok. Sambal mulut membebel-bebel kejutkan arissa, smbil tu goreng ikan..blender lada. Masak nasik.

Pastu mandikna si haikal pulak. Blh pulak die menangis2 nak berkemban pulak. Kain tuala t’cabut..menangius blk.so melayan si haikal pulak. Aduhhh. Tragis mama.

lauk paprik sebungkus rm8..mahal pada aku
Budak berkemban
Tak lama pastu ‘mama, nak nek’ yg ni lgk dasat. No..no..tak cukup masa utk itu semua haikal. Im rushing! Nanti mama bwk g kedai ok. ‘dei'…senyum simpul sebut kedai.

Berjaya jugak mama siapkan menu asam pedas mama ni, bekal utk tgh hari mama pasti ikan masak kicap. Arissa pun dapat bwk bekal ari ni. 
sebungkus lauk mahal
Asam Pedas versi mama

Sebelum terlupa..air secawan..sambil tangan  mencapai Alfalfa..amik 4 bijik..telan. Jamu moden masa kini.

Jam dah pkul 7…siap membungkus semuanya..siap mencuci dapur..siap pastikan sinki kosong. Clean..br blh kuar dr dapur. Jom kite bersiap utk pegi kerja.

Kakak masuk sek agama kul 7.40pg. Moh kite ke sekolah. Kang lambat pulak. 

Bekal Mama & kakak