14 September 2014

Pentingnya! Ostematrix utk ibu mengandung & menyusukan bayi

kalsium sangat penting utk ibu mengandung

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.


Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.


Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
 
Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 1200mg kalsium setiap hari. Atau 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali. 

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
 
Oleh sebab itu, Kalsium sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan terjadinya pre-eclampsia.

Selain itu, kalsium dapat melindungi bayi dalam kandungan dan akan mengelakkan dari risiko anak mengalami hipertensi.

Oleh hal yang demikian, ibu mengandung & menyusukan bayi digalakkan mengambil makanan yang kaya mengandungi kalsium seperti Susu, yogurt, keju, ikan salmon, susu soya. Makanan-makanan tersebut merupakan sumber kalsium yang baik untuk dimakan semasa mengandung.
makanan kaya dengan kalsium seeprti yogurt, soya, keju, avocado, susu

Bagi Ibu yang menyusukan bayi, pengambilan kalsium bertujuan untuk mengatasi masalah susu merundum ketika datang bulan. Semasa itu, pengambilan kalsium sangat digalakkan. Kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada anak.

No comments:

Post a Comment