21 June 2015

Pencuci mulut ringkas dan mudah : Puding jagung

Assalamualaikum


salam 4 ramadan


Tak mau ngomel panjang-panjang hari ni. 


Sebenarnya dah lama nak kongsi cerita pasal resipi puding jagung yang paling senang di dunia. Resipi ni diana dapat dari pak google. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.


CUMA nya...Diana tak ingat dari blogger mana. Apa-apa pun..terima kasih pada empunya yang berkongsi resipi puding jagung ni. Korang jangan risau, resipi ni gerenti jadi dan sedap. 



Resipi : Puding jagung


Bahan-bahannya ( Untuk 2 adunan)

10 sudu besar Tepung kastad (Diana guna brand Nona). Suka nengok color kuning yang menguning tu
8-9 suudu besar Gula kasar 
i tin Jagung ( amik yang tulis creamer tau). Diana guna ayam brand. Tapi kalau nak best lagi carik brand yeos
Santan (1 liter)


Semangkuk besar santannya.........andai kata nak ganti dengan susu cair pun boleh. Tapi Diana tak suka guna susu sbb tekak tak bapa nak terima......



Cara-caranya

Campurkan tepung kastad, gula dan jagung.

Kemudian campurkan santan.

Gaul rata
 
Adunan memang cair. Jangan takut. Anda bukan tersalah resipi. Hi...Hi.....


Selepas tu boleh dimasak dengan menggunakan api sederhana. Kacau tanpa henti. Tapi kalau berhenti nak lap peluh..sila-sila. 

Kenapa kene sentiasa dikacau? Ini untuk mengelakkan kastad dari berketul-ketul.

Lama-kelamaan bancuhan akan menjadi likat...kacau sehingga pekat.Sampai tangan rasa lenguh nak mengacau. Itu namnya dah nak masak. Bila adunan semakin likat..memang rasa berat je nak kacau.

Bila dah nampak macam gam. Boleh padam kan api. dan boleh dituangkan di dalam dulang. Jangan biar lama di dalam periuk. Silap haribulan, kang terkeras dalam periuk. Jadi pas je masak..cepat-cepat masukkan dalam dulang.


atau kalau nak bubuh dalam acuan pun boleh je. Diana guna dulang je.


Siap bubuh dalam dulang, tunggu sejuk sebelum dipotong.....

Dah siap untuk di agihkan kepada sedara mara.........


Andai kata cara penerangan ku tidak sampai kepada kalian...harap diampun yer. Maklumlah aku pun bukanlah sorang master chef seperti chefwan atau pun chef zubir. Aku hanya seorang chef untuk tekak sendiri anak-anak serta suami tersayang.


Aku sekadar  ingin berkongsi sedikit  ilmu yang aku ada sebagai satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua orang.



Sekian. 

Tertiba tertulis ayat jiwang pulak...layannnnnn............




Jangan lupa tau cuba resipi di atas.







Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.






20 June 2015

Berbuka Puasa tanpa nasi

Assalamualaikum


Salam 3 ramadan


Berita sedih.......

Kisah petang semalam,  lagi 10 minit nak berbuka puasa...alih-laih dapat berita sedih....'peod'. Sebenanrnya tanda-tanda nak 'peod' ni dah terasa 2, 3 hari lg. Tapi ku tahan jebat. Alih-alih...boleh pulak petang,  lagi 10 minit jer......10 minit je nak azan maghrib....dah terkandas. Apa nak dikata..sudah suratan ilahi. Aci ke tak aci, tetap kira cuti sehari berpuasa.


Waaaaaaaaaaa


Tutup kisah sedih tu. G jauh-jauh kesedihan.


Korang berbuka apa ari ni? 


Menu berbuka puasa Diana pada hari ni . 


Mee Kari
Karipap
Air mata kucing


Diana kalau bab berbuka puasa paling mudah 'kacang'. Tak yah sakit kepala nak pikir menu apa. Tak yah sakit kepala nak pikir nak berbazar ramadan di mana. Tak yah pening kepala nak masak bagai.


Nak tahu sebabnya?


Kerana sepanjang bulan ramadan al mubarak...kami sekeluarga tidak berbuka dengan  nasi.


Pelik tapi benar!


Sepanjang bulan puasa kami berbuka dengan menu adik beradik 'mee' dan kuih-kuih home made

Antaranya:-
Mee goreng
Mee sup
Mee kari
Bihun Goreng
Kuihteow
Laksa
Kuih karipap
Roti Jala


Ada masanya soto. Menu akan di rotate berselang-selang sepanjang bulan puasa.


Boleh kenyang ke makan adik beradik mee je? 

Tulah persoalan yang mula-mula timbul masa Diana mula-mula kawin dengan en somi dulu. Giler ke apa berbuka tak makan nasi. Mana syok! Yelah mak pak Diana dah train berbuka wajib ada nasi. Even mak buat mee goreng sekalipun...pastu mesti cari nasik jugak. Betul tak?


Secara praktikalnya...ni tradisi keluarga sebelah  Encik Somi. Berbuka puasa tanpa nasi. Kemudian En somi  turunkan ke Diana pulak. Tak pasal-pasal Diana turunkan ke kakak (Arissa).


Masa mula-mula kawin dulu...rasa tak keruan bila berbuka makan adik beradik mee je. Serius tak kenyang . Sumpah aku selalu tarik muka bila setiap kali berbuka  kene masak mee ajerrrr. Sampai satu tahap dah tak lalu nak pandang mee.


Akibatnya...aku slim menjelang syawal. Ayat tak boleh bla. Ha...haha.....

Tapi setelah 9 tahun berbuka puasa tanpa nasi. Ia dah tak jadi masalah. 

9 tahun kut...bukan 9 bulan bukan 9 hari. kalau tak biasa jugak tu namanya menggedik lebih. Orang kampung kata dah 'lali'. Kata lainnya bermaksud dah terbiasa. Dah tak heran kalau tak jumpa nasi masa berbuka puasa. Nak-nak Arissa pun tak pernah request nak berbuka dengan nasi. lagi mudahlah keje mama.


Kami hanya berjumpa nasi ketika bersahur sahaja.


So menu berbuka puasa kami amatlah ringkas dan super jimat! ( trademark lah konon)

Logiknya,

Bila perut tak berapa nak kenyang ni barulah laju sikit nak bersolat terawih. Mata pun taklah cepat layu.


Tak gitu?

Pesanan penaja

Bulan-bulan puasa ni elakkan pembaziran. Kalau ke bazar ramadan...rancang siap-siap nak beli apa. Jangan main hentam pergi je.

Kerana silap hari bulan...tak cukup tangan nak bawak juadah untuk berbuka nanti. Mana taknya...nampak ayam golek sedap, ayam percik sedap, murtabak pun menarik, kuih talam lagi....kuih pelita lagi....huhuuuuuu........perut tengah lapar...semua mende  nampak sedap kan? 






Tak pasal-pasal pembaziran pun berlaku...Sapa rugi? Diana tak rugi apa pun...pasai kami makan mee jahhhhhh....


Hi....hi......hii......


Sebelum masuk kelambu..kasi telan siap..siap  Vitamin  E. A great antioksidan vitamin. 


Kata nak kekal muda remaja. Kenelah ghajin telan Vitamin E.


Super jimat..sehari telan sebiji je. Sebotol ada 120 biji. Bertahan sehingga 4 bulan.




Berminat? Hubungi Diana  0193250676




Jumpa lagi



Bai!








Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.




15 June 2015

Tidak pernah terlintas dalam pikiran.........

Assalamualaikum.......


Alhamdulilah masih diberi peluang untuk berkongsi kisah duka, suka,  kisah terlebih perasan, kisah poyo Diana di blog ini.


Yang penting kisah ini tiada kene mengena dengan orang oyang masih hidup atau telah meninggal dunia. 


Sedang duduk mencari idea-idea bernas, terpikir satu kisah hidup Diana.


Dalam banyak-banyak perkara yang Diana buat, Tidak pernah terlintas dalam pikiran yang Diana boleh drive kereta. Serius!


Sebab dari muda remaja, tak pernah simpan impian nak drive sendiri. Tak teruja pun macam kawan-kawan seangkatan Diana. Yang mana dah set dalam kepala...dah siap pasang niat...abis je belajar nak amik lesen kereta. Aku? Tak heran pun. Orang putih kata ...tak amik port langsung.


Macam mana Diana boleh terjerat nak amik lesen kete?


Semuanya kerana  PAKSAAN dari En suami. Ha..Ha....Ha.....


Ku tak rela kut!


Masa Diana amik lesen tu x silap pada tahun 2005. Masa tu Yuran baru Rm500 tapi untuk lesen kereta jelah. Siap boleh bayar ansuran ok. 

Dipendekkan cerita nak amik lesen kereta kene amik L dulukan. Pastu kan ada ujian berkomputer. Nak tahu berapa kali Diana amik lesen komputer tu? 


Bukan 2 kali, BUKAN 3 kali tapi 4 kali maa.  Giler tak giler. Buat malu je kan. Tapi nak buat macam mana, Diana sikit pun tak heran. Setiap kali repeat kene bayar RM30 tak silap. Ni lah namanya bila bukan keinginan kita. PAKSAAN nye pasal. Tapi yang peliknya i never give up. Diana tetap g amik test tu lagi.  Sampai last sekali nye exam terus dapat markah 100%.

Giler betik!

Bila pikir-pikir balik...rasa terhutang budi dengan suami. Orang kata kalau dulu Dia tak paksa Diana drive kereta. Pasti aku sekarang tak boleh bergerak di atas kaki sendiri.

Rasa bersyukur sangat. 

Dengan adanya lesen kereta ni, langkah ku menjadi panjang dan jauh.....Hi..hi...hi......

Hari ni dah genap 8 tahun mendrive kereta. Manual ok! Poyo tak? Saja je nak kasi orang teruja. 




Moral of the story...


Jangan cepat berputus asa. Sentiasa bersangka baik. yakin pada diri sendiri. Jangan sesekali kita intai jalan hidup orang lain dan samakan dengan jalan hidup kita. Andai kata dulu Diana tarik handbreak awal-awal....dapat tak Diana
lesen kete tu? Tentu-tentu jawapannya tidakkan. Apa-apa pun pokok pangkal pada diri sendiri.



Sekian...untuk  hari ini. 


Jumpa lagi



selfie lg!



 

Selamat menyambut bulan ramadan!




Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini


12 June 2015

Sibuk sesibuknya

Assalamualaikum......


Busy Tahap gaban!


Whatsapp di antara Diana dengan  Sha ( member opis lama).

Diana : Sha, are you ok? Awat senyap je.

Sha : Tak cukup tanah nak lari....

Diana : Hahahah....aku pun sama. Banyak keje! Bertingkek-tingkek.....


Actually Sha ni member lama masa keje di firm arkitek dulu. Sekarang kami keje berlainan company. Cumanya opis sebelah menyebelah. Jadi bila time lunch hour tu selalulah together-together. Cuma lately dah jarang-jarang dapat makan bersama. Sibuk!



Kami berdua hari-hari macam lipas kudung. Tak cukup napas nak bernapas. Tak cukup tanah nak berlari.Macam tu lah gambarannya keje kami di opis. Bos nak siap keje on time. Macam nak tercirit dibuatnya. Mana nak kene buat keje luar opis, keje dalam opis lagi. Huhuhuhu. Last-last termenung di jendela. 

Pemandangan dari jendela.......


Sampai satu tahap kadang-kadang terlupa nak makan vitamin-vitamin kesayangan hamba. Bila tekanan keje banyak, Diana WAJIB amik B-compleks. Sebab B-Compleks bertindak sebagai  anti-stress. Lagi satu takut jugak kene serangan sakit jantung diusia muda. Muda ke lagi? Perasan lebih......


La ni.....penyakit tak kenal usia. Muda-muda remaja pun dah ada kene serangan sakit jantung akibat dari keadaan sekeliling. Selain daripada gaya hidup serta pemakanan yang tak seimbang. 

Jadi langkah-langkah berjaga diperingkat awal perlu dititik berat kan. Walaupun pada hakikatnya  sakit, ajal maut, jodoh  semua di tangan Tuhan.




Sesibuk mana pun mama D. Hidup mesti enjoy!



Selfie!

Sebenanya seumur hidup Diana nilah  kali pertama berselfie....hahhaha..ni pun sebab salah sorg member Diana sibuk nak nengok Diana menggayakan  shawl ni. Main belit-belit je.



Jumpa lagi!

Bai!





Terima kasih dengan setiap Kunjugan anda di blog ini.








09 June 2015

Sirap merah oh sirap merah!

Assalamualaikum,


Pejam celik, pejam celik tak lama lagi nak masuk ramadhan dah.


Orang kata aura-aura ramadan tu dah mula terasa. Nak-nak macam Diana ni. Last-last minit baru nak ganti posa. Padanlah muka kan! The most important dah cuti puasa WAJIBLAH  GANTI kan.



Hari ni Diana nak  kongsi cerita pasal vivix.



Semua orang pasti dah familiar dengar nama vivix ni kan?

Sila perhatikan gambar Vivix ni di atas. Vivix berwarna merah pekat dan likat. Kalau masuk dalam tekak rasa macam rebina. Rasa anggun plus rasberry. Ternyata sedap! 

Hanya sesudu kecil sahaja.


Kenapa vivix berwarna merah bukan itam, kuning atau hijau?



Ha....ni den nak koba an



RAMUAN  UTAMA vivix  terdiri daripada Anggur Muscadine. Ia sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambhan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antikosidan  yang lebih kukuh. Bercerita pasal saiz nggur muscadine ini, ia tidaklah seperti anggur yang biasa kita makan tu. Sebaliknya saiznya adalah sebesae bola golf. Ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. 


Selain daripada itu, ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anngur jenis laindan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus  dan anti bakteria.



Siapa yang digalakkan mengamalkan Vivix?

Vivix sesuai di ambil oleh perokok, ketagihan arak atau dadah, pesakit Asthma, Bronkitis, batuk, masalah pundi hempedu, hepatitis, penyakit jantung, diabetes, Gout, batu karang, migrain, kebas-kebas atau kekejangan, letih dan lesu, parkinson,Penuaan, Terbakar, LUPS SLE, Katarak, Sakit sendi, Masalh prostat, Kemandulan lelaki, cyst serta kanser dan tumor.




Sekian, untuk info kali ini.


Jumpa lagi









Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.