Teknik penyusuan susu
ibu
Permulaan awal
Menyusu bayi perlu
dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan. Kajian telah
menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayi berada dalam
keadaan peka yang disertai dengan refleks hisapan yang kuat. Pada masa inilah
bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan anda di samping menggesel dan
menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akan melekap pada
payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama (kolostrum).
Penyusuan awal ini
akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantu ke arah satu permulaan
yang baik. Memulakan penyusuan lebih awal memanglah baik tetapi dalam keadaan
tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan anda tidak boleh memaksa bayi anda
untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadi anda tidak perlu merasa kecewa.
Terdapat ramai ibu yang lewat memulakan penyusuan susu badan tetapi akhirnya
berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bayi mereka. Teruskan memberi bayi
anda peluang untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baru ini.
Penyusuan pertama
selepas kelahiran
Selepas sahaja
bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda, bersentuhan kulit
ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya selepas
dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan pertamanya boleh diberi
dalam masa 30 minit hingga sejam selepas
posisi yang terbaik utk menyusukan bayi anda |
dilahirkan. Susu manusia yang awal
memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat
membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras gula
yang rendah di dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang
bayi untuk menyusu dengan lebih baik pada masa akan datang.
Jika anda bersalin
dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas kerusi dengan
cara seperti berikut:
Berbaring mengiring
dengan bayi menghadap anda.
Dukung bayi dengan
kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut belakang badan dan
punggung bayi.
Ketika menyusukan
bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala ke badan anda
dan bukan ke arah siling.
Jika anda melahirkan
anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlah menyusu seperti berikut:
Duduk dan letakkan
satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan melindungi luka
pembedahan anda.
Berbaring mengiring
dengan bayi menghadap anda.
Gunakan teknik
kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan selesa.
Jangan merasa malu
untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusu kali pertama. Anda perlu
melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapat menguasai kemahiran ini.
Tinggal sebilik
dengan bayi anda (Rooming-in)
Apabila bayi
diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia memberikan
banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan tinggal
bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu
penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalah penasihat penyusuan atau
jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan jururawat atau
bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting
sedut kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh
mengelirukan bayi kerana bayi sedang belajar menyusu susu ibunya.
Menyusu bayi lebih
awal dan kerap
Bayi anda perlu
disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi lebih awal dan
kerap dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya untuk dipegang. Ia
juga membantu mengurang atau mencegah payu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda
bayi lapar seperti bunyi menghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang
cepat ketika tidur dan perubahan riak wajahnya. Cuba ramalkan rasa lapar bayi
anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu
menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi anda menetek lebih banyak susu
akan dihasilkan.
Nantikan Episod seterusnya " 20 perkara Yang Perlu Anda tahu Tentang pennyusuan" di ENTRY SEDAPNYA susu MAMA
Jumpa lagi. Babai.
No comments:
Post a Comment