Cerita pagik tadi. Sementara nak tunggu line ineternet ok, Diana masuk dapur capai Yogurt, kuarkan ESP dari peti sejuk. Then plan nak buat masker. Nak buat waktu malam, asyik tertido jer. So, masa yang ade ciput ni, apa kata kita manjakan kulit muka dengan bermasker. Diana pilih 'Yogurt asli dicampur bersama-sama Serbuk ESP.
amik sesudu Yogurt asli dicampur dengan sesudu serbuk esp.Kemudian boleh diratakan keseluruh wajah anda.
Kenapa Diana pilih Yogurt asli sebagai bahan utama untuk buat masker ni?
Yogurt bukan sahaja baik untuk melancarkan pencernaan dalam tubuh, tetapi juga memiliki peranan penting untuk merawat kulit wajah. Selain dari serbuk ESP anda jugak boleh mencampurkan Yogurt dengan bahan lain sebagai alternatif lain.
Yang pastinya, Diana tetap memilih Serbuk ESP brand Shaklee ni. (kesan: kulit lembut, anjal dan tona sekata)
Apa khasiat yang terkandung dalam Yogurt Asli?
Kulit lebih halus
Bagi yang mengalami masalah
kulit kusam dan kasar, lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua
atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan
yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya
wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.
Atasi kulit terbakar
Sesetengah wanita mengalami
masalah kulit terbakar (sun burn) apabila terdedah lama di bawah
cahaya matahari terutama jika anda bercuti di pulau atau pantai. Kesannya kulit
akan menjadi merah dan melupas. Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan
yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian
yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.
Jerawat adalah masalah kulit
yang biasa dihadapi oleh wanita. Kehadiran jerawat bukan sahaja menyakitkan
malah ia juga mencacatkan penampilan wajah anda. Jangan susah hati, cuba
aplikasi petua ini. Bersihkan wajah, kemudian sapu yogurt secara nipis di
bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas bersih. Jerawat
akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
Ingin miliki kulit wajah cerah
sekata? Ayuh! Cuba ramuan istimewa ini. Campurkan yogurt dengan pati lemon.
Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Lakukan tiga kali
seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Apabila wajah mula menampakkan
garis halus, anda perlu bertindak segera mengekang proses penuaan. Tidak perlu
ke pusat estetik untuk merawat wajah, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun
dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan tiga kali
seminggu, wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.
Yogurt juga boleh dimanfaatkan
untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut. Caranya, parut timun kemudian
campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta wajah, biarkan selama
15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini. Ia dapat membuang
sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.
Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein, dan vitamin D. Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.
Jadi apa tunggu lagi.....jom cantik dengan semulajadi.
sumber :
http://mingguanwanita.karangkraf.com/khasiat-yogurt-untuk-cantik-1.237935
No comments:
Post a Comment