30 November 2014

Makan vitamin tapi tak dapat kesan positif

Diana selalu diacu dengan soalan-soalan seperti

"Saya amik set full breastfeeding, tapi susu tak meriah pun?"
"Saya amik set kurus, tapi kenapa berat badan saya tak turun?"
"Saya amik set kecantikan,tetapi jerawat saya makin meriah naiknya?"

Kenapa masalah-masalh seperti di atas berlaku? Kenali punca-puncanya.

1.Pengambilan air yang tak mencukupi.
Sila pastikan sehari kita minum sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Kekurangan pengambilan air boleh menyebabkan nutrisi sukar untuk diserap dengan baik.

Elakkan - Pengambilan air bergula yang berlebihan kerana air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan


2.  Penggemar kafein
Sesiapa yang mengambil kaffein seperti nescafe..elakkan pengambilan secara serentak. Sekiranya anda masih inginkn secawan kaffei, perlulah diingat bahawa jarakkan waktu pengambilan kaffein dengan vitamin anda. Makanlah vitamin anda selepas 3-4 jam anda menikmati minuman kaffein anda.

Elakkan - Seboleh-bolehnya elakkan penggunaan klaffein dalam diet harian kita kerana pengambilan kaffein boleh merosakkn vitamin yang kita makan. 


3. Makan ubat dan vitamin secara serentak
Sekiranya anda berada dalam pemantaun doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, sila pastikan bahawa anda tidak mengambilnya secara serentak atau bersama-sama.
Elakkan - Kerana boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Testimoni - Suatu masa dahulu anak diana pernah demam, diana amik nutriferon then dian amik jugak ubat doktor. What happen to my son? Suhu badan naik mendadak. So dari kejadian tu, Diana paham dah..ubat dan vitamin tidak boleh di ambil pada masa yang sama. 

4. Tidak mengikut dose yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda mempunyai masalah sakit belakang yang teruk, tetapi anda hanya makan sebiji ostematrik, adakah rasa sakit itu akan berkurang? Tentu sekali tidak. Inginkan kesihatan yang optimum, anda digalakkan makan sehari 4 biji, diambil pada  waktu pagi 2 biji, dan waktu malam  sebelum tido 2 bij. 

5. Konsisten
Mengapa pengambilan supplement perlu  konsisten sekurang-kurangnya 90-120 hari?
Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan konsisten untuk mendapatkan kesan yang diingini (dalam tempoh penggantian sel).Tahap kesihatan kita ni tak sama. Ada yang makan seminggu-dua dah rasa perubahannya. Ada pulak yang makan sebotol dua tapi masih belum rasa hasilnya. 

Sebagai contoh andai kata anda makan set kurus, tetapi dah 3 bulan makan tapi still tak nampak hasil, cuba kita audit balik di mana silapnya.

 6. Pantang larang Vitamin Shaklee
Tahukah anda?
  • Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Oleh itu, anda mesti bijak dalam  pengurusan pemakanan vitamin anda.

No comments:

Post a Comment