Hasil
dari bacaan diana,
Bukti
kajian sains tentang ikan dan kesihatan jantung
Pada 8 September 2004, FDA iaitu badan yang
bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di USA telah mengeluarkan
kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang
boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Pihak
FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan omega 3 dalam ikan mampu menurunkan risiko
sakit jantung koronari. FDA juga telah membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen
mengiklankan bahawa produk yang mengandungi omega 3 boleh mengurangkan risiko
sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.Saranan FDA ini
adalah kerana bukti kukuh hasil dari pelbagai kajian telah dijalankan
menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung.
Diantara laporan tentang
kelebihan omega 3 ini diterbitkan dalam The
American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 1997, pengkaji mendapati dengan
pengambilan omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida
darah sehingga 25%-30%.
Satu kajian di Amerika Syarikat
yang mengkaji hubung kait antara
pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian
ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di
kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.
Pada tahun 1999, pengkaji dari
GISSI-Prevenzione melaporkan dalam
jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan
melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial
infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg
setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan
jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3
diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.
Dalam satu lagi kajian di USA yang dipanggil DART
Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan
ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali
kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit
dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai
1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian
dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua
tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam
kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan
tersebut. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung.
Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan
utama di USA iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal
of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif
tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan
bahawa, berdasarkan laporan kajian yang
telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam
jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di
kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan,
ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.
Omega 3 amat
penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan
kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan
minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan
harian seseorang sebagai contohnya
minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah
sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang
ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda
menmendapat keperluan Omega 3 harian.
Makan lah ikan setiap hari
untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan
mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain.
Jika anda
tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga
membantu mendapatkan sumber omega 3 untuk menurunkan paras kolesterol.
SID NO 914467
No comments:
Post a Comment