24 November 2014

Kurab Penyakit Kulit yang perlu dititikberatkan

Pengenalan

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Tiga jenis dermatophyte yang dikenal pasti menyebabkan kurap adalah dari jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut.

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.

Gejala & Tanda

Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang  bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.

Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh termasuklah bahagian  lipatan badan dan kawasan-kawasan yang sering berpeluh dan  tertutup seperti di punggung, peha, perut dan sebagainya.
  • Tinea faciei menjangkiti bahagian wajah ‎
  • Tinea pedis (athlete's foot) menjangkiti bahagian kaki ‎ 
  • Tinea unguium menjangkiti bahagian kuku jari tangan dan jari kaki ‎ 
  • Tinea corporis menjangkiti bahagian lengan, kaki dan badan ‎ 
  • Tinea cruris (jock itch) menjangkiti bahagian selangkangan ‎ 
  • Tinea manuum menjangkiti bahagian tangan dan telapak tangan ‎ 
  • Tinea barbae menjangkiti bahagian wajah yang tumbuh bulu
  • Tinea capitis menjangkiti bahagian kulit kepala  




Rawatan Alternatif 
Sejak berabad lamanya, manusia menggunakan bawang putih bagi membasmi berbagai jenis ‎jangkitan yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Bawang putih sudah dikenali sebagai pemampan sistem ‎kekebalan tubuh. Ia mengandungi asid amino, vitamin, zat gizi kelumit dan bahan-bahan belerang ‎organik. Antara bahan-bahan belerang organic yang sangat bermanfaat untuk kesihatan ialah ‎diallylthiosulfinate, lebih dikenali sebagai “allicin”, yang juga merupakan mercutanda bawang ‎putih, kerana allicin mengeluarkan bau yang unik. ‎ ‎

Shaklee mengeluarkan produk garlic yang kaya dengan Alicin. Ini kerana tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi alicin yang aktif.

Bagaimana alicin berfungsi?

Allicin akan terhasil apabila lapisan tisu dan isi bawang dicederakan atau dipecah-pecahkan. Ia terhasil ‎dari tindakan enzim alliinase ke atas alliin. Cecair allicin yang jernih bening memiliki nilai-nilai ‎anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat, menurut University of Maryland Medical Center. Allicin ‎merupakan bahan perlindung bagi bawang putih dari di serang oleh serangga perosak. Allicin ‎bertindak mengoksidasi dan mengganggu metabolisma kulat dengan cara menghalang aktiviti ‎beberapa jenis enzim untuk metabolisma kulat seperti protease, phenoloxidase, amylase ‎dan cellulose. Dengan demikian, kulat tidak mampu membiak dan seterusnya terhapus. ‎ ‎

Sumber rujukan
Saba Health & beauty care
Myhealth kementerian kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment