Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita
kaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat maka kolagen dan
elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan
dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak,
nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi
muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka menurun dan mengendur
ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.Terdedah kepada cahaya
matahari yang lama , merokok secara aktif atau pasif disamping faktor
genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.
Untuk mengurangkan masalah kulit berkedut ini maka beberapa cara boleh diamalkan.
Pertama, selalulah menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.
Pertama, selalulah menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.
Kedua, elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada
waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul
10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan
kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung
matahari atau topi, tudung dan sebagainya.
Ketiga, ambil makanan yang kaya dengan vitamin C
seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya
kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk
kulit. Pengambilan suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang
kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Keempat, ambil makanan yang kaya dengan omega 3 juga
boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan
menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak
yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan
menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan suplemen omega 3 juga
boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli omega 3 yang
lain.
Kelima, minum air secukupnya adalah satu faktor yang
amat penting. Apabila semakin meningkat usia manusia akan semakin
kekurangan air didalam badan. Disamping itu, semakin umur meningkat
sesetengah dari kita amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang
air kecil selalu. Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang
berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan
berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih
mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga
menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit
kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris
halus yang lebih nyata. Minumlah air kosong atau air mineral yang akan
membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas.
Kurangkan pengambilan kopi dan teh yang menyebabkan masalah dehidrasi
dan kulit kering.
Keenam, gunakan krim pelembap yang mengandungi vitamin
C, kolagen atau minyak kamomile kerana ia boleh mengelakkan kulit
menjadi kering. Kolagen dalam krim pelembap tidak akan diserap masuk
kedalam kulit kerana molekulnya yang sangat besar, tetapi ia mengekalkan
kelembapan luaran. Bahan-bahan lain juga digunakan dalam krim pelembap
seperti minyak geranium maculatum, glikosaminoglikans, minyak lavender,
pentanol, vitamin A (retinil palmitat), lesitin, sodium hyaluronat dan
vitamin E.
Ketujuh, pengambilan makanan yang kaya dengan anti
oksidan juga membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus
kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat
radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.Semakin meningkat usia
dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan
asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang
menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat.
Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan
anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol,
anthosianidin dan fitonutrien.
Amalkan pemakanan sihat, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya dan perlindungan dari cahaya mataharidisamping minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan kedutan pada kulit terutama pada wajah seseorang, Insyaallah.
Sumber info : Dr Norman
----------------------------------------------------------------------------------------------------
OmegaGuard - berfungsi untuk mengekalkan kulit lembap dan sihat
(Omega guard ..antara suplemen yang sangat digalakkan utk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yg perlu untuk badan kita)
Vitamin E - berfungsi sebagai antioksidan untuk radika-radikal bebas.
Jadi rajin2 lah telan kapsul OmegaGuard Shaklee dan Vitamin E Shaklee yer... jangan buat perhiasan. nak cantik kenalah rajin....
No comments:
Post a Comment