20 December 2014

Tamatnya perkhidmatan di Nazri Architect

Semalam yang sibuk. Bukan apa...semalam meruapakan  hari terakhir sebagai staff di Nazri Architect. Selama 6 tahun berkhidmat di Firm Architect. Seronok! Bos Besar paling best. he's  sporting, bertolak ansur..friendly. tak pernah rasa stress bekerja dengan dia.

Tapi kenapa nak pindah jugak yer?

Faktor UTAMA ialah Diana dapat better offer than sini. yelah..tahun depan perlaksanaan GST akan bermula on April 2004. Sure banyak kos akan bertambah dan meningkat. Alternatif lain cari keje baru.

Sementara nak tunggu bisness online Diana betul-betul stabil.Diana ada masa lagi setahun untuk bekerja keras. pastu nak duduk umah, jaga anak. Disamping tu bole jana pendapatan. Best apa? sambil jaga anak, tapi ada gaji setiap bulan. sapa nak kasi kan? kalau korang nak cari side income, macam-macam boleh buat sekarang. Nak dengan tak je bezenya. Diana mulakan langkah pertama dengan berbisness Shaklee ni. Usaha keras pasti akan berjaya. tak gitu?

Sapa nak nengok opis diana. Kebanyakan client yang datang ke opis diana, sure semua puji kata opis ni cantik.

Cantik ke? Hahhaha. I'm Proud pernah bekerja di sini. Lagi satu nak kasi tahu, i'm not architect...tapi keje jaga duit bos. Hari-hari mandi dengan duit...tapi duit orang lah...

Bahagian Receptionist
laluan ke bilik bos-bos dan ke bilik Diana (perasan lebih..kami mn ade bilik)
Bilik Bos Besar
Bilik Bos kecik
Nilah tempat duduk hamba..abaikan barang-barang yang bersepah-sepah tu...tak siap kemas lagi......
Di setiap sudut..bersepah dengan kotak-kotak lg
tak de rupa library pun..hihihi..kami selalu makan kat sini...sebab opis kami tak de pantry...sadis
Bilik meeting
Bahagian Production...ni tempat my assistant Architect
Ni bahagian belakang,,,menuju ke surau dan Tandas...ni kira gambaran je lah...

Pengalaman paling indah di opis ni...Diana pernah lah dibawa makan angin sejauh Singapore dan Bandung, Indonesia. Lain-lain dalam Malaysia pun ada juga. 

Tu semua tinggal kenangan. Simpan baik-baik dalam memori. 

Isnin, 22hb Disember...mulakan suasana baru, kawan baru, bos baru. pendek cerita semua baru...kasut baru..baju baru..ewahhhh.....Semangat yang baru...

4 comments:

  1. salam,..tumpang tnye..ofis nazri architect ni yg dekat dgn wangsa walk tu ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb sy interview situ nnt,..sy asal pantai timur,jauh nk dtg..so sblm nk ke sana ,nk tahu serba sdikit pasal company ni..harap akak dpt membantu ;).....ok x ofis situ?..bos ok?gaji kdg2 delay x?

      Delete
  2. Salam, boleh saya tahu apa email firm ini? sbb saya cuba apply tapi katanya email yg ada sblum ni dh tak ada

    ReplyDelete