12 December 2014

Long Journey.....menyusukan si Haikal

Long journey menyusukan Haikal...2 tahun 11 bulan. selama 2 years 4 month is fully breastfeed. Sekarang terang-teranglah dah campur susu formula. Hihihii

Seronok sangat. Puas hati. Impian menjadi kenyataan. Even suami sendri pun tak percaya, Diana berjaya melakukannya. I got PHD in breastfeed mom. Bekerja bukan alasan. 

Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu..senang jer. THE KEY WORD is 
  • Jangan cepat putus asa
  • Jangan beza-bezakan susu kita dengan orang lain. Contoh..'budak tu pump susu dapat 10oz..aku pump dapat 4oz jer. Jangan dan jangan berpikiran seperti itu. Apa-apa pun kambali pada Yang maha pemberi. Diana dulu pernah rasa susu merumdum, pernah rasa bengkak susu...pernah rasa buat power pumping selama  sebulan. Pernah rasa puting luka. Yang penting kita kuatkan semangat, JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA. 
  • Rajin. kalau malas memang tak de sapa-sapa boleh tolong. Rajin bertanya kalo tak tahu. Rajin google carik maklumat, carik info pasal breastfeeding ni. Cari-cari group-group yang support breastfedding ni. Diana dulu bergurukan 3, 4 orang untuk korek ilmu dari die orang. ilmu pasal pemakanan, imlu pasal nak buat power pumping, ilmu nak EBM kan susu..macam-macam. kalo kita malas macam mana.?
  • Khusus ibu yang bekerja jangan skip pump susu ditempat kerja. Kalau skip, memang buruk padahnya. Hhahah..ayat tak boleh bla. kalau skip susu akan merndum dengan jayanya. Diana pernah skip dulu. Ngelat. Biasa buat 4x, then 3x, then 2x. Bila sedar susu makin drop, cepat-cepat buat power pumping balik. masa tu memang penatlah. Setiap hari bangun pagi nak buat PP ni. Sampai beli double pumplah. Sebab nak stimulate susu semula. Bila susu dah meriah semula...dapat pump sehari 4x. Seronok sangat. Hari-hari bawak balik hasil tuaian...hihihi..miss nya that moment.
  • Jangan cari alasan. Nak berjaya dalam apa jua bidang jangan cari alasan. Tak guna. Tak kemana pun penyudahnya. Diana pernah g kursus. Diana bwk 3 beg...Pump beg, cooler beg also my handbeg. Kehulu ke hilir dgn beg pump tu. yang tak bestnya kalo g kursus, tak de tempat nak perha susu. kene perah dalam toilet. Bayangkan...use manual pump. Dengan bunyi pump lagi..Risau org sebelah dgr..diana bukak pili air. Diana pernah dok dalam toilet sampai 1 jam. Gara-gara susu tak mau kuar. No suction. Sbb kemungkinan enviroment yang tak syok kut. Dan jangan tak percaya g member card sogo sale pun diana bawak semua perkakas mengepum. Sampai ade orang tegur ' Dik, sempat lagi mengepump ke?"
  • Suppliment Ibu menyusu Of couse Diana makan. Brand ape? Shaklee di hatiku. Buktinya..sampai la ni si Haikal masih mengempeng lagi. Bilalah nak salitkan asam jawa ker...jadam ke..kannn. sebab lagi 4 bulan si haikal dah nak masuk 3 tahun. Huhuhuu. 
Kesimpulannya...breastfeeding is enjoy moment. Semua wanita layak untuk mencuba dan merasa. I wish u all good luck! 

Nilah lakaran beg pump Diana tu. Pump spectra Dew-3 dengan Pump manual. Cooler beg Entah mana ni...

No comments:

Post a Comment