29 December 2014

Al-kisah detik 1130 malam

Malam semalam, ingat nak tidokan si Haikal...rupa-rupanya..mama yang terlelap. Sedar-sedar dah pukul 11.30 malam. Satu umah dah gelap. Abah dah tido, kakak pun dah selamat malam. Diana tercari-cari si budak tenit. Seharusnya dia dah tido kat sebelah mama. Tapi dia tak da.  

Alih-laih terdengar  macam bunyi  tikus mencari makanan.  Rupa-rupanya Si anak bujang sambil tangan memegang telor dengan sebatang garpu.  Haikal dah berjaya memecahkan  6 biji telor. 

Kedudukan Haikal yang dah cukup mengancam dan strategi. Sambil pecahkan telor guna garpu...siap duduk sebelah bakul sampah. Tapi semua telor jatuh ke lantai.

Berpeluh-peluh mama  mengemop semua telor 6 biji tu. Yang peliknya Diana langsung tak naik angin. Sebab terkejut dari bangun tidor agaknya. jadi hormon masih ditahap kawalan. Kalau hari-hari biasa harus mama dah jadi sang harimau tak pun sang singa betina. 

Cepat-cepat cuci dengan Basic H. Yelah..tak sanggup nak hidu bau telor yang sangat hanyir.

Macam nilah kalau budak terlebih makan omega. Ikutkan telor tu masih dibungkus kemas lagi. Masih tertutup rapat. tapi tak tahu macama mana dia berjaya membukanya.

Agaknya si haikal meniru gaya mama kut. yelah setiap kali Diana nak membaking..dia mesti duduk  sebelah. Tak pun dia datang mennganggu apa yang patut. Jadi tak hairanlah Si haikal pun nak cuba pecahkan telor.Hai lah anak! Mama baru berangan nak buat japenese cheese cake. Terpaksalah pospond aktiviti membaking tu.


No comments:

Post a Comment