08 December 2014

Fungsi Vitamin C serta Panduan memilih Vitamin C


Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Ia merupakan Vitamin antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. Adakah anda tahu fungsi-fungsi vitamin C?

Di antara Fungsi-funsi Vitamin C adalah 

  • Membantu meningkatkan immune system.Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
  • Mempercepat proses penyembuhan luka.Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
  • Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
  • Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan selsebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
  • pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti
  • Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Ciri-ciri Vitamin C
  • Antioksidan
  • Collagen maker
  • Anti kimia
  • Protector gate
  • Vitamin larut air
  • Tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi boleh dalam tubuh haiwan
Panduan memilih vitamin C di pasaran
Terdapat pelbagai jenis jenama vitamin C diapsaran, tetapi bagaimana nak tahu vitamin C yang paling selamat dan berkesan untuk kita?
  • Pilih vitamin C dengan dos yang betul- cadangan dos 500mg sehari. TETAPI menurut pakar, sekiranya anda seorang yang obseskan kecantikan, anda dibenarkan untuk menambhkan dose Vitamin C anda kepada 6 biji sehari.
  • Berasaskan tumbuhan, dan time-release product (macam sustained release)
  • Mengandungi Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg vitamin C: 120 mf bioflavonoids)
  • Telah diuji secara klinikal dan berkesan terhadap tubuh manusia
  • Melalui pembacaan label – huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi.
  • Melalui perkataan “ko-faktor” seperti “bioflavinoids” atau “biogradable”

Apakah dos pengambilan vitamin C yg badan perlukan
Dos berbeza mengikut umur dan keperluan. US RDA untuk dewasa ialah 60mg, tetapi disebabkan faktor pemakanan, persekitaran, jumlah yang lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg. Vitamin sangat mudah termusnah oleh haba, persekitaran, stress, penyediaan makanan. Bagi yang mengalami masalah kesihatan, disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.


Bil
Gologan
Dos Pengambilan
1.
Untuk kanak-kanak
15 - 45 mg sehari



2.
Untuk remaja perempuan ( 14 - 18 tahun )
65 mg sehari

remaja lelaki          ( 14 - 18 tahun )
75 mg sehari



3.
Untuk dewasa lelaki          
 90 mg sehari

Untuk dewasa perempuan  
75 mg sehari



 

Bagi golongan wanita yang obseskan kecantikan, anda dibenarkan mengambil 6 biji sehari Vitamin C.

"Menurut The Merck Manual Online Medical Library"
Pengambilan Vitamin C sehingga 2000mg sehari masih dalam paras selamat
untuk orang-orang dewasa yang berusia antara 28 tahun - 50 tahun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"PENAFIAN : Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda"



No comments:

Post a Comment