21 October 2014

RESIPI KARIPAP BERINTI KENTANG DAGING




Bestnya karipap mama

Ni antara kuih kegemaran keluarga Diana. Anak-anak suka, suami lagklah lah suka. Kalo Diana buat roti lapis berkeju..tak de sape yang heran. Tapi kalo kata siapa nak karipap? Amboi senyum sampai ke telinga.

Diana ni bukanlah seorang yang pakar, jauh sekali seorg chef. Andai resipi karipap ku ini tidak boleh diertima oleh tekak kalian..mintak ampun byk2 yer.
Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu bukan kepakaran.

Jom..sila screenshoot resipi ni ye.

Untuk 50 biji karipap

Bahan-bahan inti
1 kilo kentang
1 ulas bawang besar (merah)
3 ulas bawang putih
Daging dicincang kecik2 (ikut suka nak bubuh byk@skit)
Serbuk kari (Diana gune Baba’s color hijau)-packet kecik
Serbuk perasa 
Sedikit garam & gula
Daun kari

Cara-cara buat inti

1. Tumiskan bawang yang sudah dikisar (Diana tumbuk)
2. Bila dah naik bau, boleh masukkan serbuk kari 
   (Serbuk kari boleh dicampurkan dgn sedikit air dan sedikit cili jika mahu)
3. Nampak dah sebati boleh masukkan daging. Kacau hingga sebati. 

4. kemudian, masukkan kentang diiukuti dengan air. Korang banjirkan kentang seperti
    gambar dibawah.
 5. Didihkan dan kacau sehingga kering



Bahan doh
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar  mentega
Air 260ml (ikut kesesuaian masa menguli doh)
secubit garam dilarutkan bersama air.


Cara buat kulit karipap
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua sudu besar mentega. ke dalam tepung gandum. Mentega ni boleh dicairkan dulu ataupun tanpa dicairkan. Kalo nak jadikan mcm serbuk roti pun boleh jugak. Then baru masukkn air.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.

  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.
  
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.


Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Petua ni diana share dari blog cikmatahariku.blogspot.com

selamat mencuba ye!

lagi resipi karipap

resipi Karipap Inti ayam 
Resipi Karipap Rangup
Resipi Karipap kentang 
Resipi Karipap Rangup Yati

No comments:

Post a Comment