24 October 2014

Pemakanan Dan Gaya Hidup Orang Jepun

Rahsia kenapa rakyat Jepun Kurus?

Rakyat Jepun sangat mengutamakan kesihatan mereka, terutama sekali berkenaan makanan.
maka tidak hairanlah jika kebanyakan restoran turut menyenaraikan jumlah kalori terkandung dalam setiap makanan di dalam menu mereka untuk rujukan pelanggan.

Sukar untuk bertemu rakyat Jepun yang berbadan gemuk, tambahan lagi kaum wanita yang sentiasa menjaga bentuk badan dan kecantikan mereka.

Tidak seperti di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis, penghidap darah tinggi dan penyakit lain di Jepun sangat sedikit.

Pemakanan dan Gaya Hidup orang Jepun seperti :

Berbasikal. Memang ramai yang gunakan basikal di Jepun. Lagi-lagi untuk perjalanan jarak dekat. Ya, mungkin cuaca di Jepun lebih bicycle-friendly tapi yang penting di Jepun – ada laluan untuk basikal – ini faktor keselamatan.

kurus dengan berbasikal

Kurang pilihan – kafeteria syarikat Jepun sediakan hidangan “set” yang seimbang dengan adanya subsidi syarikat. Ini menggalakkan ramai untuk jimat wang dan makan makanan yang telah disusun oleh pakar nutrisi yang bekerja sepenuh masa. Kadeah ini juga digunakan di sekolah-sekolah di mana setiap sekolah ada seorang pakar nutrisi yang pastikan jadual pemakanan pelajar sentiasa terkawal.

jepun dan gaya hidup sihat

Makanan set. Di mana-mana restoran, semua makanan dihidangkan sebagai set dan boleh dikatakan kebanyakan set memang seimbang dari segi porsi dan nutrisi.


Tak semua makanan Jepun sihat. Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang tinggi kalori. Tapi yang penting ia digabungkan dengan gaya hidup yang aktif.

Berjalan. Hasil gabungan kos pengangkutan yang tinggi dan sistem pengangkutan awam yang canggih dan selamat, kebanyakkan warga Jepun dipaksa berjalan dari stesen keretapi masing-masing. Ini bolehkan mereka tingkatkan pembakaran kalori dan seimbang gaya hidup.
berjalan kaki
Warga emas masih aktif. Kalau berjalan di Tokyo pada hari siang, memang ramai yang berumur dalam lingkungan 50an, 60an dan mungkin 70an. Mereka masih aktif dan berjalan tanpa bantuan. Sekali lagi faktor keselamatan memainkan peranan tapi ia juga faktor tradisi. Kalau di Malaysia, warga emas biasanya tidak digalakkan untuk berdikari dan terus aktif.


Selamat! Negara Jepun, termasuklah bandar Tokyo memang selamat. Ini membolehkan orang ramai jogging di sekitar bandar untuk bersenam pada waktu malam.

Teh hijau. Cara minuman teh hijau orang Jepun memang tidak berkalori (tidak dicampur gula) malah ia tinggi antioksida, bantu tingkatkan metabolisma badan. Kini pun ramai warga Malaysia yang suka minum teh hijau, termasuklah saya.

teh hijau dan org jepun

Segenggam tangan nasi. Walaupun bukan lah guna segenggam secara langsung, saiz mangkuk nasi untuk lelaki dan perempuan berbeza. Kenapa? Kerana saiz senggam seorang wanita biasanya lebih kecil berbanding purata lelaki.

nasi tidak menggemukkan


Makanan laut yang tidak digoreng. Sushi dan shashimi memang terkenal sebagai makanan popular orang Jepun. Walaupun ia tetap berkalori, ia tidak digoreng dan kaya dengan protein, omega-3 dan lain-lain.

Disiplin. Antara aspek kehidupan bermasyarakat yang saya paling kagum adalah disiplin orang Jepun. Dari beratur di stesen keretapi, restoran mahupun di eskalator awam, budaya orang Jepun memang patuh kepada undang-undang dan mungkin ini juga membolehkan mereka ikut seruan dan garis-panduan pemakanan kerajaan (yang merupakan program kesederan seluruh negara)


Preventive. Daripada berdepan dengan suatu masalah seperti obesiti dan lain-lain, budaya Jepun fokus kepada mengelak atau preventive measures. Contoh pengambilan minuman probiotics seperti Yakult dijadijan amalan seharian untuk membaiki perlawasan, sistem pertahanan untuk kurangkan risiko penyakit yang berkenaan.” width=”510″ height=”382″ class=”size-large wp-image-9911″ /> Preventive. Daripada berdepan dengan suatu masalah seperti obesiti dan lain-lain, budaya Jepun fokus kepada mengelak atau preventive measures. Contoh pengambilan minuman probiotics seperti Yakult dijadijan amalan seharian untuk membaiki perlawasan, sistem pertahanan untuk kurangkan risiko penyakit yang

Tetapi! Hasil pemantauan saya di Jepun, kehidupan mereka lebih sesak dan kelihatan lebih stres berbanding kehidupan di Malaysia. Mungkin ini juga sumbangan daripada budaya disiplin, patuh dan berjuang yang tinggi. Gaya hidup penduduk di Jepun, walaupun mereka kurang obes, nak katakan mereka sangat cergas pun tak jugak. Kalau berbanding dengan negara barat seperti Australia dan juga USA, tidak ramai yang bersenam outdoor. Tapi ini cuma berdasarkan pemerhatian saya selama seminggu di Tokyo, Jepun



1    credit to : Kevin Zhari (Cikgu Fitness


No comments:

Post a Comment