Malaysia memang kaya dengan pelbagai juadah istimewa. kita ada roti canai, capati, Tosei,nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, kuih karipap,kuih talam, kuih pau, kari kepala ikan, nasi beriyani...dan macam-macam lagi. Tak cukup muka surat nak buat entry pasal sedpanya makanan kat Malaysia ni.
Tetapi kita selalu terlepas pandang, tak pun makan ikut suka, makan ikut nafsu. Kebanyakkan makanan-makanan tersebuat jika diambil berlebihan boleh menngundang pelbagai penyakit. Seperti kolestrol tinggi, kencing manis, serangan jantung dan banyak lagi. Selain dari mengundang masalah KEGEMUKKAN.
Tahukah anda apakah makanan yang boleh menggemukkan anda sekiranya diambil secara berlebihan.
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak
(mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk
sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang
450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada
ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa
rasa menggemukkan tak?
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu
keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah
600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya
anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah
berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi
tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur,
menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak
dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang
tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya
lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang
special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih
kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380
kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut. Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
Donut mengandungi dalam 1200kcal.
Tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal!
Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!!
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Nota :
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan
pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang
diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang
terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu
menggemukkan diri anda sendiri.
credit info : Kevin Zhari
No comments:
Post a Comment