17 October 2014

Apa itu 8 KELUAGRA B





Vitamin B merupakan kumpulan vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Walaupun vitamin ini mempunyai nama yang sama, kajian oleh pakar perubatan telah menunjukkan bahawa vitamin ini berbeza dari segi penghasilan kimianya serta wujud bersama dalam makanan. Secara umumnya, makanan tambahan sebanyak 8 KELUARGA B dirujuk kepada vitamin B kompleks.

Senarai vitamin B

  • Vitamin B1 (tiamina)
  • Vitamin B2 (riboflavin)
  • Vitamin B3 (niasin atau niasinamida)
  • Vitamin B5 (asid pantotenik)
  • Vitamin B6 (piridoksin, piridoksal, atau piridoksamina, atau piridoksina hidroklorida)
  • Vitamin B7 (biotin)
  • Vitamin B9 (asid folik)
  • Vitamin B12 (kobalamin pelbagai; umumnya sebagai sianokobalamin dalam makanan tambahan vitamin)


1.Vitamin B1 atau Thiamine

FUNGSI
Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.


SUMBER
Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis,kacang, tepung yang diperkayakan ,ikan kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
1.Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
2.Kegelisahan, gangguan tidur
3.Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
4.Sakit pada bahagian abdomen.

5.Sembelit
6.Gangguan mental atau emosi.


2.Vitamin B2 atau riboflavin
FUNGSI

Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.

Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 
SUMBER
Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air. 
KEKURANGAN
1.Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan :
2.Keletihan, lemah badan.
3.Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
4.Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
5.Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
6.Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas   mental. 
3.Vitamin B3 atau Niacin 




FUNGSI

Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.
 
SUMBER
Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma,  telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang,  tomato, gandum, dan hasil gandum. 

KEKURANGAN
1.Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
2.Keletihan, lemah badan.
3.Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.
 
4.Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress 






FUNGSI
Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" ,  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.  Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).  
 
SUMBER
Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.

KEKURANGAN
1.Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan :
2.Keletihan, lemah badan.
3.Sakit kepala.
4.Loya , muntah.
5.Sakit abdomen
6.Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
7.Kebas dan sesemut pada kaki.
Kejang otot.


5. Vitamin B6 ataupun pyridoxine



FUNGSI
Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 

SUMBER
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempe. 

KEKURANGAN
1.Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
2.Keletihan, lemah badan.
3.Kegelisahan.
4.Depressi ( rasa tertekan).
5.Penyakit kulit.
6.Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
7.Anemia.
8.Sawan, pada bayi.



6.Vitamin B7 atau Biotin

FUNGSI
Vitamin B7 Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain.  Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.

Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. 

SUMBER
Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.

KEKURANGAN
1.Kekurangan Biotin boleh menyebabkan :
2.Keletihan dan lemah badan.
3.Kurang selera makan.
4.Rambut gugur.
5.Bengkak lidah
6.Ruam kulit (eczema).
7.Gangguan emosi.




7.Vitamin B9 atau asid folik 


FUNGSI
Vitamin B9 atau Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. 

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
Sakit disekeliling mulut.
Sakit lidah.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
Anemia.

8.Vitamin B12 atau cyanocobalamin


FUNGSI
Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.  Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.

SUMBER
Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik . Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians . 

KEKURANGAN
1.Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
2.Keletihan, lemah badan.
3.Megaloblastic anaemia.
4.Sakit mulut dan lidah.
5.Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang, gangguan mental dan emosi.






No comments:

Post a Comment