18 January 2015

Wanita dan keputihan tidak dapat dipisahkan

Kalau cerita pasal 'keputihan' kaum adam lah orang yang pertama akan angkat kaki. Even En hubby Diana pun tak tahu pasal keputihan ni. Tapi in honestly tak pernah tanya dia pun. Hihihi. Sebab ni masalah utama kaum wanita. Supposenya wanita lah yang kene lebih peka kan? tak gitu?

Bahaya tak keputihan ni?

Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu  membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semulajadi denagn penyakit keputiahn yang serius dan memerlukan rawatan perubatan.

Menurut perunding perbidanan dan sakitt puan juga pakar Kesuburan pusat Peubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus berkata, Keputihan ialah jangkitan kulat candidalbicans yang sering berlaku kepada wanita. Bezanya hanya serius atau tidak.


Kenali punca-punca yang menyebabkan masalah keputihan?
  1. Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Kitaran haid dan gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. 
  3. Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4.  Tahap kesihatan seseorang yang kemudian mengubah kelembapan dan keasidan vagina
  5. Disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan.
  6. Disebabkan jangkita kulat yang berwarna putih seperti susu basi atau keju cair. Ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak serta menjadi merah.
  7. Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
 
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.




Sumber rujukan : myhealth, Harian Metro 18hb Jan 15.

2 comments:

  1. Lebih teruk bila keputihan tu berbau..memang da kritikal sgt la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul....pastu jd gatal pulak. Semakinlah parah.....

      Delete