28 January 2015

Kenapa peluh berbau?

Berpeluh ni mesti orang selalu kaitkan dengan berbau. Kan? 

Baru-baru ni Diana ada terbaca kat majalah RAPI. Jadi Diana tolong copy paste for those yang tak baca lagi. Kalau sesiapa yang dah baca, anggaplah ini sebagai ulangkaji. Hihihii.....

Macam ni, Fakta ni mengatakan kandungan peluh sebenarnya adalah air dan garam serta tidak berbau. Namun menurut David Pariser M.D. Profesor Dermologi di Eastern Virginia Medical School, ketiak adalah tempat bagi kelenjar apocrine yang berfungsi sebarang penapis. kelenjar ini menghasilkan umpama minyak dan jika bertemu dengan bakteria dikulit, ia akan menimbulkan bau. Oleh kerana peluh tersaring daripada aliran darah, maka makanan yang berbau boleh mempengaruhi bau peluh. bau yang sering kita hidu adalah dari bau bawang, kari dan sebagainya.


Cara mengatasi peluh

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi peluh adalah dengan menyapu atau menyembur diadoran. Dengan bahan mineral aluminium, deodoran melekat dikulit dan menghalang kelenjar eccrine. Deodoran yang menggunakan bahan semulajadi tanpa aroma biasanya tidak mengandungi aluminuim. Oleh itu, ia kurang berkesann untuk menahan peluh daripada terus membasahi anggota badan.

Kebiasaannya deodoran ini dipakai ketika selepas mandi atau sebelum keluar dari rumah. 

Namun mengikut kelley Redbord M.D, pakar Dermologi di Vienna, Virginia, untuk mendapat kesan yang lebih effektif, sapukan atau sembur deodoran di bahagian tubuh yang kering ketika malam. Ini kerana, waktu malam tubuh kurang aktiviti fizikal dan kulit berada dalam keadaan kering. Kulit yang kering memudahkan peranan deodoran untuk menyumbat kelenjar dan mampu bertahan sehingga tiga hari. Namun, jika terlalu banyak menyapu atau menyembur deodoran, ia akan menyumbang kepada radang kulit.

Rawatan alternafi

Dari sudut Shaklee, 'Alfalfa' telah dikenal pasti merupakan salah satu makanan tambahan atau vitamin yang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan. Alfalfa ini digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi  yang terkandung di dalamnya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Sebotol alfalfa mengandungi 330 tablet. 
10 biji setiap pengambilan diambil dengan air kosong
Bagi yang bermasalah untuk menelan tablet, korang boleh larutkan bersama air.
Bagi yang terlebih rajin dan obseskan kecantikan, alfalfa juga boleh dijadikan masker.

Sebab tulah sehingga sekarang, Diana masih setia dengan alfalfa. Se setia Cinta Diana bersama en Huby. Kahkahkah...Serius korang. Alfalfa ni sangat owesome!





No comments:

Post a Comment