09 January 2015

Dunia sekolah Arissa

Minggu depan anak daraku nak masuk darjah dua dah. Semakin anak dara. Mama dia semakin mak dara. 

Kalau orang nengok Diana train arissa mesti kata Diana ni kejam buatkan anak. Hahahah. Masa dia darjah 1, Diana dah mula train dia basuh kasut sendiri. Yang ni dah start train dari umur 6 tahun. Part yang ni berjaya. Ada kalanya tak bersih jugak dia basuh. Bab mengaudit pass ke abah dia. sebab abah arissa ni sangat teliti. compare dengan mama dia. Bila dah pass basuh sekolah. Hari-hari rutin seorang murid sekolah, jadual waktu. Part yang ni pun Diana tak pernah buatkan untuk arissa. Kejam tak mama dia? Memang nak kasi dia belajar dan berdikari.

Everyday dia dah tahu dan paham rutin dia. Bila carrying beg sekolah dia, mak aiiiii...beratnya. Yang kami angin tu, kadang-kadang dia bukan bawak buku sekolah, adakalanya buku cerita, ada kalanya entah apa-ape yang dia bawa. Patutlah berat. Part yang ni pun, abah dia yang akan handle. Bila abah yang buat inpection, memang terus ringanlah beg sekolah arissa.

Duit saku? korang kasi berapa duit saku ke sekolah? Diana kasi RM1 untuk Sekolah Agama, dan RM2 untuk sekolah kebangsaan. Tahun ni tak tahu lah nak naikkan ataupun tak. Bukan kami tak boleh nak kasi lebih, tapi kadang-kadang Arissa ni suka beli mende yang bukan-bukan je. Dan diana lagi terkejut bila bb siter, inform setiap hari dia beri duit saku kat cucunya sebanyak RM8. Sekolah Agama RM3, Sekolah Kebangsaan RM5. Part yang ni Diana tak boleh nak accept. Tapi sapa yang mampu mungkin tak da masalah lah kut.

Baju sekolah? Masa darjah satu ari tu diana belikan dia 8 pasang baju, tudung sekolah 6 helai. Huhuhu....tahun ni beli sepasang je. Hahahha. Sebab pakai hok lama dulu. Jangan membazir kan.

Tahun lepas dah siap train, balik sekolah kumpulkan semua baju,then masukkan dalam bakul. Proper. Setiap hari dia tak boleh skip buat semua tu. Wajib buat.

Tahun lepas dah konsisten hantar dia mengaji dengan sorang ustazah. tahun baru ni dah boleh naik al-quran. 

Tahun ni jugak, cabaran lebih hehat...sebab nak aturkan dia punya solat pulak. Dah tak nak kasi skip-skip lagi. Pastu nak train dia buat solat Dhuha. Diana pernah terbaca kisah seorang ibu. Dia train anak-anak dia buat solat Dhuha, then pagi-pagi baca sural Al-Waqiah, Selepas magrib baca surah Al- Mulk. Insyaallah anak-anak nya terbentuk akhlak dan mempunyai keperibadian yang tinggi. 

Memang untuk permulaan amat payah. Sekarang pun diana dah start selit-selitkan solat dhuha untuk arissa. Pernah satu ketika arissa kata "mama kata kalau dah solat subuh, tak payah buat solat dhuha". Mama rasa nak hantuk-hantukkan kepala kat dinding je. Ada masanya arissa terlajak tido, bila dia bangun dah siang, diana soh dia buat solat dhuha. Dia pikir ni macam satu option pulak. Kalau dah bangun untuk solat subuh, no need go for solat dhuha. 

Mama arissa bukan seorang jutawan, tiada harta untuk diwariskan. Sekurang-kurangnya bila kita mati, ada sesuatu yang lebih berharga kita tinggalkan untuk generasi kita selain dari harta dunia. Iaitu doa anak soleh.

Mama sayangkan anak-anak mama.

2 comments:

  1. Salam Jumaat...
    Si bujang kecik saya (5 thn) pun akan bersekolah tadika...
    Mama dia pun kena bersiap sedia dari fizikal dan mental :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...bersiap sedia mental Dan fizikal...nak2 ms kejutkan time pg...everyday jd Tarzan...hihihi

      Delete