22 January 2015

Your nick name is.....

Korang......

Banyak nama samaran tak? Cuba cer...cuba cer sikit. Macam Diana Nama penuh ....MARDIANA ABU DARIN. Orang kampung panggil 'Adi'.Bila tanya mak, kenapa orang panggil 'Adi?'. Mak kata dulu-dulu diana sendiri yang mengaku diri sendiri Adi. Jadi tak boleh buat apalah. sampailah sekarang bila balik kampung orang panggil 'Adi'. Baik yang tua sampailah ke muda,semua panggil 'Adi'.

Adik beradik panggil kak D. Sebab Diana anak sulung. Mak panggil Diana. Ayah panggil 'akak kau' ha lagi pelik. Contoh dialog ayah, 'ha akak kau nak makan apa?'. Hahhahah. Tapi, adik-adik yang lain ayah tak panggil macam tu. tak pelah..kira halal. sebab dah biasa dengan panggilan macam tu.

Kat sekolah pulak, ada orang pangil Mar. Ada panggil D. My sweet hubby panggil Mar. Ngeh! ngeh! Kami cinta zaman sekolah. zaman cinta monyet. Masa tu tak de pulak dia panggil Diana sayang ke? Manja ke?  Suka sangat panggil 'Mar'. Sebenarnya banyak-banyak nama glamour tu, hat yang nama Mar lah yang paling aku tak suka orang panggil. tak tahulah kenapa. 

Bila melangkah ke alam Universiti...masa nilah aku tukau kan nama glamour aku. Cepat-cepat perkenalkan diri 'Diana'. Kahkah. Tapi ramai lagi yang suka panggil 'D' and Mar. Panggil nama penuh pun ramai...MARDIANA. Ada jugak panggil aku 'kecik' sebab aku tak cukup ketinggian'. Hihihihi.....

Agak-agakkorang ..en husband Diana panggil diana apa? cuba korang teka? Ada hadiah misteri menanti korang. Jadi jemput mencuba nasib ye. The hadiah misteri tu real diana kasi if u give me the right answer!

Good luck korang.






4 comments:

  1. Replies
    1. Kannn...hanya ayahku sorg je yg panggil pangilan tu...

      Delete
    2. SS pon nak panggil jugak lahhh... Boleh? Ha Ha Ha...

      Delete