20 January 2015

12 Cara mencegah penyakit keputihan

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering
  2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kenstabilan PH atau menyebabkan kegatalan
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika menstruasi (haid)
  4. Gunakan pelapik seluar dalam (pantiliner) pada saat yang diperlukan sahaja. elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
  5. Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj
  6. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  8. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  9. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  10. Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks
  11. Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada atanda yang dinyatakan di atas.
  12. Melakukan aktiviti yang menenagkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.


sumber petikan : Harian Metro, 18 Januari 2015

6 comments:

  1. tq for sharing..
    info pting buat wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih....sbb info ni penting...tu yg wajib share....hihihi

      Delete
  2. terima kasih for the info... betul tu kata Lyafarina... info yg penting untuk wanita

    ReplyDelete