22 December 2014

Ari ni bermula keje ditempat baru. Welcome to Fitter Diversified Berhad. Company Developer.
Lokasi yang sangat menarik. Opis Diana yang kat atas Festival city tu...bestkan..bawah shopping mall....
Pukul 8.30 pagi Diana dah sampai ofis. Punyalah semangat. hahahh...Yelah kan..tak kan hari pertama nak datang lambat. Lagi satu berani Diana katakan yang Diana ni jenis yang punctual. Masa itu emas. Ingat emas murah ker? Tu sebab orang kata masa itu emas dan sangat berharga. 

Yang bestnya ditempat baru, i'm not handle account. Banyak syok! Memang nak resign buat keje Akaun. Nak cari keje yang santai-santai je. Sebab Diana ada perkara lain yang ingin ditunaikan. Buat masa ni keje lah dulu di Zeta park ni dulu.

Sepanjang satu hari keje tadi, yang Diana nampak keje di sini lebih kepada deal dengan client. Buat inspection pasal kondo mereka. Ke hulu ke hilir. Wahhhh! memang dah lama tak buat keje macam ni. Sellaunya duduk depan PC je. Ni betul-betul exercise. nasiblah ari ni bawak sepelasktik vitamin. Ada vitamin cantik(garlic, vit c), vitamin tenaga(bcompleks,alfalfa). Semua ku angkut bubuh dalam satu plastik. kan mudah!


Penting tau vitamin ni untuk diana. untuk mengelakkn badan lemau dan kulit kusam. Yelah sehari suntuk kejap ketingkat 4..kejap ke tingkat 17,Kejap masuk opis balik.  just imagine, kalau badan kita dah letih, lesu...memang muka jadi kusam. tapi kalau kite bertenaga, muka secara automatiok nampak segar bugar.

Ari ni pg keja siap pakai kurung moden. Esok dan seterusnya kene pakai seluarlah. Untuk memudahkan pergerakan. maka tergantunglah baju-baju kurung hamba yang cantik-cantik belaka tu...hhahahh.....Siapa nak? Aku mahu lelong? huhuhuu

No comments:

Post a Comment