Nampak tak binatang yang berbulu dan berwarna putih tu? Tulah 'bebek' haikal. Kalau nak tido tak kira siang ke malam ke, mesti nak ada 'bebek'. Kalau tak jenuh nak pujuk tido tanpa 'bebek'
Al-kisah si 'bebek' ni ialah ia bukan patung. Apatah lagi teddy bear. Sebenar-benarnya 'bebek' ni bekas pensel. Siap ada zip lagi.
"bebek' ni kita orang beli masa pegi Langkawi setahun yang lepas. kebetulan nenek haikal belikan untuk kakak arissa. Tapi disebabkan kakak Arissa tak berminat pun dengan 'bebek' ni, jadi mama beri pada Haikal. tak sangka Haikal suka. Jadilah ia hak milik haikal sepenuhnya.
Mula-mula dulu Diana jauhkan Haikal dari 'bebek' ni sebab Haikal ada asma. 'Bebek' kan berbulu lebat. Diana risau bulu-bulu tersebut boleh mendatangkan asma buat Haikal. Tapi sejak haikal konsisten minum meal shakes, dia semakin sihat. Yang penting Zero asma. Sejak tu Diana berikan Haikal 'bebek' ni secara rasminya.
Sekarang mama tunggu masa yang sesuai untuk mandikan 'bebek' kerana warna 'bebek' semakin hari semakin lebam!
No comments:
Post a Comment