Dedikasi untuk sahabatku merangkap mama ku.
Esok dah mula tempat keje baru. Jumpa kawan baru,
environment baru. Have a fun for tomorrow!
Tetapi bermula esok tiada lagi gelak ketawa,
perkongsian masalah dengan sahabat yang ku anggap macam ibu ku.
Yelah…mesti korang pelik kan? Sahabat merangkap ibu?
Umur dia sekarang 49 tahun. 6 tahun aku bekerja dengan kakak ni. kakak tu dah macam ibu Diana. kalau Diana buat silap..sure kene bebel. Macam mak. Hihihi... Kakak
ni handle skop admin. Diana kan buat skop akaun. So ke sana ke sini memang kami macam belangkas.
Korang jangan tak caya mululut akak ni..waaaaa! berbisa. Hahhaha..tapi kami tetap sebulu. Sebab kami banyak persamaan. Ada aku kisah mulut dia yang power tu. Sebab dia hanya seorang ibu tua. Kalau dia tahu aku ngata die dalam blog ni..soheh aku kene cincang dengan dia. Hahahah...
Banyak sangat ilmu yang akak ni sematkan dalam diri Diana.
Terlalu banyak perkongsian dunia dan akhirat.
- Diana kenal solat Dhuha..sebab selalu Nampak kakak ni dtg awal opis mesti buat solat dhua dulu. Diana jadi inpire nak buat solat dhua ni. Alhamdulilah Diana nak amalkan sampai bila-bila. Dan sekarang dah turunkan kat anak pulak.
- Diana mula makan macam-macam vitamin pun belajar dari akak ni. Korang jangan tak caya…akak ni look muda ok. Tak Nampak pun macam umur 49 tahun. Awet muda. Apa rahsia? Kakak Zaiton ni dia makan jamu, akar-akar kayu dari zaman anak muda lagi. Penyakit berbahaya ni so far memnag tak delah. Pastu dia add on lagi dengan vitamin-vitamin. Sekarang ni dia pun dah mula makan Shaklee. Hihihi….. kalau korang nak cantik, sihat lagi awet muda rajin-rajin makan jamu..rebus akar kayu..kalau tak lalu nak telan semua tu..rajin-rajin makan vitamin. Kalau nak kekal sihat, cantik dan bergetahlah. Kalau tak nak jugak. Tak dapat Diana nak tolong lah yer.
- Kak Zaiton banyak mengajar rencah kehidupan ini. Kehidupan mendidik anak, kehidupan menjadi seorang isteri. Banyak sangat ilmu yang dia kongsikan. Anak-anak kak zaiton ni ada 3 orang. Dua daripadanya dah berjaya ke menara gading, sorang lagi masih dibangku sekolah. di tingkatan 4.
Diana memang sangat inpire dia. Mulut bising, tapi
hati tulus suci. Kalau suami dia sakit, demam ke..siap cuti orang tua tu. Nak
jaga suami. Ko ada? Diana pun tak buat macam tu.
Di hari terkahir kelmarin, tiada pelukan manja untuk
dia. Sebab memang tak nak dipeluk dan bermaaf-maafan. Kerana tidak mahu
merasakan perpisahan. Nasiblah dia duduk keramat je. Hihihii…nanti nak terjah
umah dia je.
Tiada lagi ketawa terbahak-bahak kami....l love u so much kak zaiton Osman.
Bagusnya kak zaiton ni ye..konsisten makan jamu2 ni.. Annur harap dapat kosisten macam dia jgak ^_^
ReplyDeletekonsisten is the key word...baru nampak hasil. x kisah makan jamu ker..makn suppliment ke....so keep on your momentum k...'konsisten'
Delete