Masa keje kat opis lama, kat sana ada satu bilik mini perpustakaan. Diana suka duduk membelek-belek majalalah lama-lama ni. Sebab boleh korek banyak info kesihatan kat situ. Sambil-sambil tu dapat nengok gambar artis dulu-dulu. Macam zaman Dynas anak dara lah. Nampak kurusnya si Dynas. Cantik mesti lah cantik kan. Retislah namanya....
Pastu mata Diana tertarik dengan satu artikel ni, keluaran majalah Harmoni ditulis olehZalifah Abdullah.
HATI-HATI menikmati makanan bergoreng kerana ia boleh menyebabkan penyakit degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan strok.
Menurut kajian yang dilakukan oleh para doktor di Ilmu Epidemiologi Fakulti Kesihatan Masyarakat, Universiti Indonesia, penyebab utama penyakit ini adalah adanya manifestasi ateroklerosis di dalam pembuluh darah koroner dengan salah satu risiko utmanya adalah dislipidemia.
Dislipidemia adalah kelainan metabolisme lipid yang ditandai dengan peningkatan kolestrol, LDL dan trigliserida serta penurunan kadar HDL dalam darah.
Dan makanan bergoreng meningkatkan profil lipid dalam darah sehingga meningkatkan profil lipid dalam darah sehingga meninggikan risiko untuk mendapat penyakit seumpamanya.
Pasni kenelah berhati-hati memilih makanan yang sihat. Bukan makanan yang sedap. Walaupun hakikatnya Diana pun jenis suka makanan yang goreng-goreng ni. Hihihihi.
No comments:
Post a Comment