21 December 2014

7 Rahsia zikir 'Ya Wahhab'



Kelebihan Zikir Ya Wahhab
Jom sama-sama amalkan. Dari terpaksa akan jadi biasa. Insyaallah lama-lama akan jadi rutin.

Maksudnya Al-Wahhab yang sentiasa memberi . Allah s.w.t mencurahkan rahmatnya ke atas makhlukNya. Dia  maha pemberi.


7 Rahsia kehebatannya:-
  1. Menjadi terkaya dan terkenal bila membaca Ya wahhab 300  kali setiap hari atau selepas setiap solat fardu. Insyaallah anda akan dikurniakan kekayaan,kekayaan, kemakmuran, dan  kemasyuran. Jika anda megalamalkan solat sunat Dhua dan membaca ya wahhab 41 kali disujud yang terakhir, insyaallah anda akandirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
  2. Permintaan dimakbulkan. Sesiapa yang membaca ya wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, isnyaallah permintaannya akan diperkenankan, jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
  3. Mencari pekerjaan. Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendkalah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali ya wahhab. Dia  akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, atau seumpamanya.
  4. Membayar hutang. Jika anda mempunyai hutang yang banayk tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat auatk nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap khamis dan selepas isyak, kemudian memalingkan wajah ke lanigi dan membaca ya wahhab 111 kali. Kemudian hendkalah die membaca al-fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam(tiga kkhamis). Insyaallah keperluan anad akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
  5. Menjauhi kelaparan .Baca Ya Wahhab 41 kali disujud terakhir solat zohor, insyaallah anda tidak akan merasa lapar. 
  6. Dimakbulkan doa. Baca Ya wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan insyaallah
  7. Membebaskan diri. Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah ya wahhab 100x selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insyaallah anda akan mendapat rezeki yang banyak.
 
Bina keyakinan..mantapkan rohani. Anda buat, anda dapat sendiri rasa hasilnya. Janji Allah itu pasti.
 

No comments:

Post a Comment