25 December 2014

19 fakta tentang Diana Darin


1.Diana Berasal  dari Gemas, Negeri Sembilan. Dilahirkan di Hospital, Tampin Negeri Sembilan. Membesar sepenuhnya di Negeri Sembilan. Jadi memang ‘pure’ anak nogori.

2.Dilahirkan pada 02hb Jun 1982.

3.Berat badan sekarang 41kg, tinggi 150cm. Kecik jer orangnya.

4.Diana ada 5 orang adik beradik. 3 Orang perempuan, 2 orang lelaki. Cuba teka Diana anak no bapa? Biasanya orang akan kata.Diana .anak bongsu yer. Hahahah…kisahnya. Hakikatnya Diana anak sulung dalam keluarga Pak Darin.

5.Diana menamatkan zaman sekolah di sekolah Menengah Jelai, Gemas Negeri Sembilan. Sekolah biasa je. Bukanlah dari sekolah berasarama penuh. Orang tak bapa nak cerdik. Hihihii….. tamat SPM..sambung belajar ke Uitm, cost accountancy. Diploma je. Diana tak further degree. Diana amik sijil perkahwinan. Gatai nak kawin.

6.Diana berkahwin dengan jejaka pilihan Diana diusia 24 tahun. Kami cinta zaman sekolah. Couple the hot masa tu. Orang kata kalau tak kahwin tu..memang malu besarlah. Satu sekolah tahu. Hahahha. Tapi kita kene pegang pada konsep, ajal, maut jodoh dan pernuan di tangan Allah. Memang jodoh kami panjang..so berkahwin dan beranak pinak.

7.Dapat anak? Diana bunting pelamin. Huhuhuu…Rezeki kan. Tak kan nak tolak. Anak yang sulung perempuan. Nama dia Arissa Humaira. Tapi disebabkan dia ni suka mengaku diri dia ‘kakak’ so lekatlah nama timanagn dia as ‘kakak’. Sekarang kakak nak masuk darjah 2 dah. Sekejap je masa berlalu. Tahun 2012, lahir lagi sorang, boy. So sekarang sepasang sudah. Nak tarik handbreak! Ye ker? Kene tannya pesanan penaja dulu.

8.Diana suka memasak. Lately gile membaking pulak. Buat cheese tat lah..japanese cheese  cakelah. Seronok tau.

9.Diana ni banyak pantang larangnya. Diana paling tak suka buat keje last minit. Memang benci buat keje last minit. Suami Diana memang dah paham peranagi Diana ni. Bagi Diana bila last minit, semua keje jadi berterabur. Cuba kita plan…semua akan Nampak teratur. TO DO LIST.

10.Diana ni seorang yang cerewet bab-bab kekemasan. Diana tak suka umah bersepah-sepah. Serabut kepala. Kalau basuh baju, Diana akan asingkan
mengikut katagori, baju budak-budak, baju mama denagn abah. Bukan main campak je tau dalam mesin basuh tu.

11.Diana suka window shopping. Walaupun poket kosong. Hahhaha. Diana mengaku seorang yang boros..

12.Diana bukan kaki TV. Bila last nengok tv pun tak ingat.

13.Diana dengan anak-anak tersangatlah  garang dan tegas. If I said A..A lah jawapannya. No more excuse.

14.Tapi hakikatnya…Diana seorang yang peramah dan kuat menangis. Jiwa kacau.  Diana pernah dapat free gift tudung ariani..hanya kerana temankan seorang kakak membeli belah di Ariani. Tak sangka kakak tu belikan selai. Kami tak pernah kenal  each other. Hanya kenal untuk 15 minit sahaja.Diana memang  jenis cepat mesra dengan orang.

15.Diana seorang yang Cerewat bab makan. Tu sebablah keding. Tapi kuat makan nasi. Pg, tgh hari, mlm…wajib ada  menu nasi. Kalau tak mkan nasi, oooh tak lengkap hidup.

16.Diana ni jenis tak suka makan aiskrim, coklat segala. Tapi I really like kek indulgence by secret recipe. Best!

17.Kalau korang nak tahu Diana ni seorang yang keras hati. Yang ni tak yah ikut yer. Buruk perangai. Bak kata my husband ‘atas kepala ada batu’.

18.Diana jenis yang suka ‘push diri’ kalau Diana kata nak buat…I will do. Tapi kalo Diana kata tak nak buat..sampai ke sudah di situ je. Kata keras hati kannn.

19.Diana menyimpan impian yang besar untuk masa akan datang. Mengimpikan menunaikan Umrah, Nissan murano (orange color), rumah sebiji atas nama sendiri.  Biar bertatih dari sekarang, yang akhirnya akan berlari laju.

2 comments:

  1. Dapat lebih mengenali Diana :)
    Moga impian2 Diana akan tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni farah faham dah diana ni jenis yg mcm mn kann..farah buatlah biodata...nanti diana pun boleh kenal farah lebih dekat...dah lm tak bw kat blog farah...sejak menjak tuko keje tpt baru ni...sibuk memanjang...insyaallah nanti diana bw k...

      Delete