Dah lamanya tak buat entry pasal breastfeeding ni. Sibuk bebenau cerita pasal vitamin-vitamin kesayangan diana. Hihihii...Kali ni Diana nak kongsikan cerita masa zaman kemuncak masa susukan haikal.
Masa tu, Diana ingat lagi bukan takat suppliment je Diana telan, apa sahaja yang berkaitan 'boleh banyakkan susu' pasti Diana buat. Sebab masa tu hanya pikir nak susukan Haikal sampai umur 2 tahun jugak. Memang nekad gila-gila. Memang dah pasang niat lagi sebelum pregy lagi. Betapa pentingnya Niat tu.
Setiap hari google cari info pasal breastfeeding. Dan paling suka carik info macam mana nak banyakkan susu. Last-last Diana jumpa satu info. 'Halba boleh banyakkan susu. Wow! peluang ni. Aku mesti cuba. Dalam hati terdetik. Diana pagi carefour cari, I got halba. Tak sabar nak tunggu balik keje.
Malam tu, Diana rendamlah halba ni, (macam gam,abr sebelah tu) rasany bolehlah tahan..tapi ku telan jua. yang penting 'susu banyak'
Selang beberapa hari, nak dijadikan cerita Diana pergi ke satu pasaraya ni. Puncanya nak cari rempah ratus macam ketumbar, kulit kayu manis. Alih-laih terpandang satu plastik.."What this is halba?..Habis yang aku telan selama ni tu apa..aduh..untuk memastikan dengan betul, Diana belek punye belek label plastik tu...Oh! sambil garu kepala...yang aku telan selama ni 'Buah pelaga'. Bukan halba. Tulah baru padan muka aku....pada hal setiap pack tu semua ada label. Confident label tinggi sangat pun payah. Nasiblah baby tak kembung perut ker, aku tak pitam ke. Gara-Gara ingatkan HALBA.
Yang kat sebelah tu baru betul halba yer.
Jangan tersalah beli macam Diana pulak yer. Kalau nak banyakkan Susu,korang boleh cuba tips ni. Ni bukan mitos, tetapi memang Diana amalkan. Biasanya dulu Diana minum segelas sebelum tido. Rasa halba ni memang lah tak sedap. pastu bila korang minum lama-lama nanti badan korang poun bau halba. En hubby selalu bising kata badan diana bau herba. Masa tu point Diana hanya satu nak banyakkan susu untuk haikal. Korang cuba tau. Cara-carnya amik sesudu halba then rendam dalam segelas air suam. Agak-agak warna air tu dah bertukar, korang minum lah. Sedap sangat!
Dalam masa yang sama, diana tak pernah skip jugak untuk makan suppliment. ESP, Alfalfa, Ostematrik, Vitalea- B-comp....itu memang dah makanan wajib Diana. Maklumlah i dah tua waktu melahirkan Amar Haikal. Jadi badan dah banyak lompan-lompang kurang nutrisi. Tambah-tambah lagi i ni bekerja pulak. Ingat yer, badan yang penat, stress tidak dapat menghasilkan susu yang berkuantiti dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment