17 December 2014

Sedapnya Susu Mama# kenapa susu mama cair?

Baru-bari ni dapat soalan dari my best friend, 'kenapa susu i cair sedangkan i ada  consume suppliment? supposenya mestilah pekat kan? Adakah ia normal atau pun abnormal?

Dulu masa diana susukan Haikal tak pernah terfikir pun susu cair ke tak. Yang ada dalam kepala otak masa tu..'hasil tuian setiap hari'. Sebab susu yang cair pun masih banyak khasiatnya..so..mami-mami tak usah riasu yer. 

Today, Diana kongsikan kenapa susu ibu nampak  cair? Petikan ni Diana kupaskan dari petikan buku karangkraf  'Hebatnya susu Mama'..muka surat 129...banyak sangat info breastfeeding dalam buku ni.

Terbitan Karangkraf / harga sem. msia RM23, Sabah/sarawak RM26
Pendapat mengatakan susu yang diperah cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu Formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu anda yang kelihatan cair itu tidak baik. ebenanrnya ia cukup sempurna.

Jika anda mengepum payudara untuk temph yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan denagn sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak)

Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapat lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika anda tinggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak(hindmilk) dan cair (foremilk ) Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat. Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada 6 bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Kesimpulannnya : Jangan risau yer..teruskan penyusuan ekslusif anda! Jangan salahkan suppliment. Makanan tambahan hanya membantu menampung kekurangan nutrisi-nutrisi ibu menyusu. Disamping membantu meningkatkan kualiti susu ibu menjadi lebih pekat sekaligus boleh mengenyangkan bayi untuk satu tempoh yang lama.

2 comments:

  1. Akk sempat bg susu ibu kat anak no 3 je. Sblm tu x bg sgt. Yg no 2 lgsg x nak. Yg no 3 setakat 3 bulan je. Susu akk x meriah sgt. Rindu dat momen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana dulu anak yang sulung samapi 4 bulan jer...pastu kasi formula dah. ms tu ilmu cetek. pulak tu takut bb nanti gigit kite nye'tu' terus stopkan. bila anak no 2 byk kesedaran skit. pastu dah set dlm kepala nak bf sampai 2 tahun..alih2 terlajak larissss...hihii..x per kak..no 3 tak berjaya,,next projek no 4 pulak...ok dok?

      Delete