1.Diana Berasal dari Gemas, Negeri Sembilan. Dilahirkan di
Hospital, Tampin Negeri Sembilan. Membesar sepenuhnya di Negeri Sembilan. Jadi
memang ‘pure’ anak nogori.
2.Dilahirkan pada 02hb Jun 1982.
3.Berat badan sekarang 41kg, tinggi 150cm.
Kecik jer orangnya.
4.Diana ada 5 orang adik beradik. 3 Orang
perempuan, 2 orang lelaki. Cuba teka Diana anak no bapa? Biasanya orang akan
kata.Diana .anak bongsu yer. Hahahah…kisahnya. Hakikatnya Diana anak sulung
dalam keluarga Pak Darin.
5.Diana menamatkan zaman sekolah di
sekolah Menengah Jelai, Gemas Negeri Sembilan. Sekolah biasa je. Bukanlah dari
sekolah berasarama penuh. Orang tak bapa nak cerdik. Hihihii….. tamat
SPM..sambung belajar ke Uitm, cost accountancy. Diploma je. Diana tak further
degree. Diana amik sijil perkahwinan. Gatai nak kawin.
6.Diana berkahwin dengan jejaka pilihan
Diana diusia 24 tahun. Kami cinta zaman sekolah. Couple the hot masa tu. Orang
kata kalau tak kahwin tu..memang malu besarlah. Satu sekolah tahu. Hahahha.
Tapi kita kene pegang pada konsep, ajal, maut jodoh dan pernuan di tangan
Allah. Memang jodoh kami panjang..so berkahwin dan beranak pinak.
7.Dapat anak? Diana bunting pelamin.
Huhuhuu…Rezeki kan. Tak kan nak tolak. Anak yang sulung perempuan. Nama dia
Arissa Humaira. Tapi disebabkan dia ni suka mengaku diri dia ‘kakak’ so
lekatlah nama timanagn dia as ‘kakak’. Sekarang kakak nak masuk darjah 2 dah.
Sekejap je masa berlalu. Tahun 2012, lahir lagi sorang, boy. So sekarang
sepasang sudah. Nak tarik handbreak! Ye ker? Kene tannya pesanan penaja dulu.
8.Diana suka memasak. Lately gile
membaking pulak. Buat cheese tat lah..japanese cheese cakelah. Seronok tau.
9.Diana ni banyak pantang larangnya. Diana
paling tak suka buat keje last minit. Memang benci buat keje last minit. Suami
Diana memang dah paham peranagi Diana ni. Bagi Diana bila last minit, semua
keje jadi berterabur. Cuba kita plan…semua akan Nampak teratur. TO DO LIST.
10.Diana ni seorang yang cerewet bab-bab kekemasan.
Diana tak suka umah bersepah-sepah. Serabut kepala. Kalau basuh baju, Diana
akan asingkan
mengikut katagori, baju budak-budak,
baju mama denagn abah. Bukan main campak je tau dalam mesin basuh tu.
11.Diana suka window shopping. Walaupun
poket kosong. Hahhaha. Diana mengaku seorang yang boros..
12.Diana bukan kaki TV. Bila last nengok tv
pun tak ingat.
13.Diana dengan anak-anak tersangatlah garang dan tegas. If I said A..A lah
jawapannya. No more excuse.
14.Tapi hakikatnya…Diana seorang yang
peramah dan kuat menangis. Jiwa kacau. Diana pernah dapat free gift tudung
ariani..hanya kerana temankan seorang kakak membeli belah di Ariani. Tak sangka
kakak tu belikan selai. Kami tak pernah kenal each other. Hanya kenal untuk 15 minit
sahaja.Diana memang jenis cepat mesra
dengan orang.
15.Diana seorang yang Cerewat bab makan. Tu
sebablah keding. Tapi kuat makan nasi. Pg, tgh hari, mlm…wajib ada menu nasi. Kalau tak mkan nasi, oooh tak
lengkap hidup.
16.Diana ni jenis tak suka makan aiskrim,
coklat segala. Tapi I really like kek indulgence by secret recipe. Best!
17.Kalau korang nak tahu Diana ni seorang
yang keras hati. Yang ni tak yah ikut yer. Buruk perangai. Bak kata my husband ‘atas
kepala ada batu’.
18.Diana jenis yang suka ‘push diri’ kalau Diana
kata nak buat…I will do. Tapi kalo Diana kata tak nak buat..sampai ke sudah di
situ je. Kata keras hati kannn.
19.Diana menyimpan impian yang besar untuk
masa akan datang. Mengimpikan menunaikan Umrah, Nissan murano (orange color),
rumah sebiji atas nama sendiri. Biar
bertatih dari sekarang, yang akhirnya akan berlari laju.