10 March 2015

Khasiat buah betik

Salam semua....

Siapa suka makan buah betik? Dulu-dulu ingat lagi, mak Diana selalu masak gulai lemak betik muda plus dengan sambal goreng ikan bilis pastu goreng ikan masin. Walaaa! Sedap. Kalau makan tu tak toleh dah kiri kanan. Al-maklumlah..'awak' ni jenis selera kampung. Kalau dapat betik masak pun ok. Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni rasa macam tak berbaloi nak beli sebiji buah betik. Yelah kat kampung buat main golek-golek je. Tetiba kat Kuala Lumpur nak kene beli. Kadang-kadang dah teringin sangat tutup mata jelah beli. Nak buat lagu mana kan......

Orang kata BETIK BOLEH TINGKATKAN KESUBURAN? Macam mana tu?

Seperti yang diketahui, buah betik yang memang kaya dengan vitamin C dan merupakan ANTIOKSIDAN yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma?

Tahukah anda kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian anda. Selain dari itu pengambilan 500mg vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.


Suplemen Terbaik untuk lelaki selain dari Vitamin C adalah seperti Vitamin E, Coenzyme Q01, Selenium, zink dan juga asid folik. vitamin-vitmin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti sperma untuk lelaki KHUSUSNYA pada mereka yang mengalami masalah kesuburan.















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

4 comments:

  1. sukaaa betik *angkat tangan*
    sambal cili betik pun sedap adus daaapnye..
    ikan bilis sikit..

    hehehe.. mak memang slalu beli betik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum!nyum...kecurnya air liur...siap tadah baldi ni..hihihihii..

      Delete
  2. kalau susah nk membuang mesti akan cari betik

    ReplyDelete