15 February 2015

Kek keju mudah dan sedap

Sabtu lepas, baby siter haikal on leave. Terpaksalah mama gunakan khidmat mak ngah untuk menjadi bb siter Haikal. Seharian pikir nak bawak apa g umah mak ngah ni. Orang berbudi kita merasa.Tak kan nak lengang kangkung je kan. Dahlah suruh orang jagakan anak kita. Kenelah pandai amik hati orang. Yer idok? Habis memerah otak , dapat satu idea, apa kata  buatkan kek keju seketul. Senang dan mudah. 

Korang suka makan kek keju tak? Kebetulan Diana memang suka, minat tahap gaban bab membaking ni.  Cumanya bab makan tu failed.  Tekak tak boleh nak tima kek cheese. 'Awak' tekak orang kampung. (^___^) Tapi  tak suka tak bermakna tak perlu tahu dan belajar. Am i right?

Resipi ni senang yang amat nak buat. Korang guna cheese slice je. Tak yah guna cream cheese. Rasa pun tak banyak beze. Orang katalah. 

Resipi asal Diana google dari tuan punya blog jintan manis. Tq cik jintan manis. Resipi yang mudah, simple dan sedap. Tapi untuk resipi dibawah,Diana ada ubah beberapa item. Contohnya Diana gantikan tepung gandum dengan tepung superfine dan tepung kek. Vanila Diana gantikan dengan pati lemon.


Bahan-bahanya 
Resipi kek Keju 

4-5 keping slice cheese
70g butter

200 ml susu segar

70g gula icing
4 biji telor saiz M
1 sudu teh lemon
 
50 g tepung superfine, 20 g tepung kek. Dua-dua Diana guna brand Blue Key.
 
 
Cara-caranya

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Pantang nenek moyang..masa asingkan kuning telor degan putih telor jangan sesekali tercampur telor kuning ke dalam putih telor. Kelak kek akan terbantut tumbesarannya. maka jadilah 'kek yang batat'

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan i sudu teh lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Tadaaa..siap untuk dipacking ke opis, akibat satu umah tidak menggemari kek keju kegemaran ramai ni.


Diana dah cuba resipi ni berpuluh kali, so jangan salahkan resipi kalau tak menjadi...*______*


Peringatan dari blog jintan manis - Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

Selamat membaking. 

Kali pertama cuba memang akan huru hara, jangan risau..tu namanya proses belajar....practice make perfect!

17 comments:

  1. mcmmm best je! pelik kenapa ada org x suka keju... post satu kek kat rumah saya satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya kami sekeluarga bertekak 'kampung'. hahahhah...

      Delete
  2. yan suka kek keju...bab pukul telur putih tu..sampai sekarang gagal..:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan, cuba lagi...pukul putih telur tu sampai bertanduk je. Kak diana tak de mixer kat umah. Buat manual je. Berpeluh-peluh jugak nak pukui telor tu sampai bertanduk...tapi banyak syok bila ngk hasilnya. Cuba tau!

      Delete
  3. Replies
    1. nilah namanya bila dah minat terus jatuh cinta. Hahhaha..memang dari azali minat ke dapur...cuma cita-cita nak jd chef je tak kesampaian..Maka jadilah chef untuk en somi je...huhuhuu...

      Delete
  4. Mmg sedap ni Mar....okje pun suka kek keju ni, adoiii nampak lembut dan gebu! Pernah buat sekali dulu. Tak buat buat lagi sampai sekarang ....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lagi...and then tabur-tabur cheese bedebah...pasti meletup mak! tak pun lelehkan dengan topping blueberry..yummy-yummy

      Delete
  5. Sedapnyaa...mudah pulak tu ,nak cuba la nanti hehe ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila memang mudah sangat membuatnya...yg pasti sedappp

      Delete
  6. Salam akak.. nk tnye boleh x cheese tu ganti dgn cream cheese 250gm? Tk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...blh je. Tp bahan2 semua kene adjust. Cb terjah blog azie kitchen...dia ada resepi pakai cream cheese...

      Delete
    2. Salam...blh je. Tp bahan2 semua kene adjust. Cb terjah blog azie kitchen...dia ada resepi pakai cream cheese...

      Delete