Petikan soalan di atas saya perolehi dari sumber Majalah MIDI Edisi November 2008. Bila Dok belek-belek majalah-majalah edisi lama-lama ni banyak pulak ilmu yang boleh diana kongsikan bersama.
Persoalan : Saya ingin tahu perbezaan dan kegunaan di antara Evening Primrose Oil 500mg dan EPA DHA 1000mg (mengandungi EPA 180mg dan DHA 120mg) iaitu ekstrak asli ikan laut dalam dari perairan sejuk Lautan Artik dalam menangani masalah kesihatan dan kecantikan? Bolehkah saya mengambil kedua-duanya sekali dalam sehari dan tidakkah ia memudaratkan kesihatan?
Jawapan :Evening Primrose Oil (EPO) mengandungi asid lemak perlu Omega-6 dan asid gama-linolenik (GLA) yang merupakan Komponen aktif. Antara kegunaan EPO adalah untuk merendahkan tahap kolestrol, mengurangkan simptom sindrom pra-haid, memelihara kemudaan (youthfulness) kulit, rambut dan sebagainya.
Manakala Asid Eikosapentanoik (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA) pula merupakan asid lemak perlu omega-3. EPA dan DHA diperlukan untuk mengawal aktiviti sel tubuh badan dan mengekalkan fungis sistem kardovaskular. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali kerana badan anda tidak menghasilkan asid-asid lemak inidan asid-asid lemak ini diperlukan untuk memeliharan fungsi tubuh badan anda.
EVENING PRIMROSE OIL |
OMEGA GUARD SHAKLEE |
No comments:
Post a Comment