24 May 2015

Kek muffin lobak

Assalamulaikum


Hampir berminggu tak ke udara.

Aduh!!!!!!!



Ari tu dah siap berjanji, berazam bagai nak updated blog setiap hari...tapi janji tinggal janji je. Macam mana ni. Masa tu ada...tapi terlalu limited.


Hahahahha


Ayat-ayat yang tak boleh bla. Asyik kasi alasan je kan. Diana sedang mencuba untuk mengupdated blog setiap hari. 


Saban hari keje di opis yang semakin bertingkek-tingkek. Keje umah yang sentiasa tinggi membukit.



Abaikan semua tu.



Hari ni Diana nak kongsikan satu resipi yang Diana dah lama nak cuba buat. Akhirnya berjaya jugak membuatnya.


Tersangatlah mudah dan ringkas.


Rasa?


Opppppssssss!


 Diana tak pakar bab merasa. Because of  Diana suka menyediakannnya sahaj. Instead of Cuba untuk merasa. Normally adik Diana @ Kakak ipar yang akan komen. I just BAKED ONLY.





Muffin lobak Azie Kitchen


Resipi asal : Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang (saya tak letak)
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
1/2 cawan buttermilk (atau 1 sk jus lemon + susu)
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula 
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga 
1 sk serbuk kayu manis

 
 
Cara cara:
 
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan.  

 
Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.

Parutan lobak yang telah diperah airnya.
nilah air parutan lobak yang diana dah siap perah.

Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.


 
Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.



Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.


Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.



Cream Cheese Frosting

1 cawan/8 oz unsalted butter - lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula ising
Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

Ayak gula ising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan.



Tadaaaa...siap dah muffin lobak dari air tangan Diana. Gambar yang ada frosting cheese tak sempat nak snappp.....

.


Pesanan Ikhlas : Sesiapa yang minat ke dapur boleh berkunjung ke blog kak Azie Kitchen. Terlalu banyak resipi yang menarik di sana.



Jumpa lagi...esok hari.



Insyaallah.







Terima kasih Dengan Setiap Kunjugan anda di blog ini.

12 comments:

  1. asalamualaikum diana..wah gebu.. :-))

    yan tak reti buat..tapi sangat suka makan kek lobak :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan blh Cuba resipi di atas. Sgt mudah! Selamat mencuba!

      Delete
  2. saya mmg nak cuba buat sbb karrot hampair sentiasa ada dlm peti sejuk ...

    ReplyDelete
  3. Heeee. suka guna resipi Azie kitchen jugak. Alhamdulillah, setakat ni menjadi sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sama dengan diana. kebanyakn resipi semua dari dapur kak Azie...ternyata menjadi (^_^)

      Delete
  4. Replies
    1. Nyum2! Suka membaking je...x suka mkn pun...

      Delete
  5. rajinnyaaaaa akak buat kek.. meh la sini sikit =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Sgt dik...nasiblah unisel nu di unisel...kalo di uia...harus hari2 ko rs air tgn akk ni tau...

      Delete