20 April 2015

TIP Kasut longgar



Salam untuk semua….

Mood terlebih bersemangat hari ni.

Nak tahu kenapa? Sebabnya…hari ni kita pakai kasut baru ke tempat keje. Kalau tak tu asyik pakai ‘selipar je’ .Hihihi…Konon-konon nak ubah imej dah syle lah ni. Tapi tulah..takut hangat-hangat tahi ayam je. Pastu selesa "berselipar jepun"

Bercerita pasal kasut baru ni, aduhhhh…cerita sedih. Sadisssss nya!

Kasut ku bersaiz 4 still longgar. Ari tu masa nak beli…dah siap cuba segala. Rasa ok je. Tapi bila dah bawak berjalan..baru rasa kasut tu longgar sikit. Logiknya, mana mungkin kasut  ada saiz 3 kan. Lainlah kasut kanak-kanak. Sure ada saiz 3. Tak pun kasut brand Clark atau vincci. Yang tu comfirm ada. Tapi dah minat patern ni...apa nak dikata.

 
kasut yang bersaiz comeiiiiiii

Ligat je kepala ni pikir nak buat macam mana yer? Tak kan nak kasi kat orang. Oh Tidak! Sekarang ni kak D kekeringan kasut ye. 

Kalu dulu-dulu boleh..asal tak suka…asal tak selesa campak kat orang. Tak kisahlah kasut mahal ke murah. Tapi sekarang kak D dah bertaubat. Hahhahah. Kata lainnya kak D dah pokai.

 
Berbalik pada cerita kasut longgar tadi. Last-last google dapat info ni.

Kalau korang nye kasut longgat atau melecet..boleh cuba tepek mende ni. Hopefully sangat-sangat membantu.


Kata emunya blog tu..tepek  mende alah ni kat tepi kasut. Macam sebiji dalam gambar tu.

So waktu lunch hour tadi, Diana pegi cari kat Watson. Diana copy paste habis. Nasib ada. Tu dia! Harga RM13.35 untuk sepasang.


Dengan bangga menepeknya.

Dah cacat sikit...tapi tak pe yang penting dah boleh pakai dengan selesa.


Waaa….sekarang baru selesa nak jalan. Walaupaun kasut tu sedang menggigit-gigit  kakiku. Uwaaaaaa! Nak bergaya punya pasal...tahan jelah kaki kene gigit. Hihihihi

Tapi point utama kasut  tak longgar lagi. Baru boleh berjalan dengan pantasnya!

Sambil-sambil mengupdated blog  kepala berlegar-legar memikirkan juadah puasa petang ni.
Ye..ye..Diana puasa ganti plus sunat rejab ari ni. Orang kata puasa sunat di bulan rejab banyak pahalanya. Alang-alang boleh puasa ganti sekali. Tak gitu? Nasiblah pagi tadi sempat minum segelas ESP. So kurang sikit rasa penat. Perut pun x delah bernyanyi-nyanyi sangat. Sesekali tu adalah dengar bunyi jugak. ‘Krok!!!!krok!!!!!.



Menu berbuka puasa
Sambal sotong
Ikan bawal masak masam manis.
Sayur? (Tak wajib ada)



Hihihihihii………













Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum diana...selamat berbuka :-))

    ReplyDelete
  3. Hihihi...dah selamat pun berbuka....

    ReplyDelete
  4. Bagus tips nie, sebab selalu kaki melecet bila guna kasut kulit...

    ReplyDelete
  5. dari dulu lagi tau nak buat mcm ni. last2, jd angan2 je la.. kasut semua? taknak pakai dah lah. endingnya kasut cantik tersusun kt rak kasut je, tak dipakai. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi-rugi...apa kata kasi kat Diana je...kaki saiz apa? Huhuhu....Diana dah lenjan kasut tu lepas tepek mende alah tu..hakikatnya kaki ku kene gigit pulak...almaklumlah kasut baru. Dilema kasut baru...longgar Dan kene gigit...nasib badanlah....

      Delete
  6. Orang kata, kasut baru, kalau taknak dia gigit kita, kita gigit dia dulu. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja Sgt nak pakai kasut baru...terlupa nak gigit dia. Tu yg dia gigit balik..(^_^)

      Delete
  7. kecik ny kaki akak.. hehe... neway, tengs for the tips. nnti pun nak bli kst baru, sbb dpt keje baru.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi...kaki kecik susah nak crk saiz kasut...apa-apa pun kita kene bersyukur...Tahniah...dapat keje baru!

      Delete
  8. Sejak pandai shopping online ni selalu juga beli kasut. Walaupun betul saiznya, bila dapat adakala longgar juga. Nak cari yang ada saiz setengah-setengah tu manalah nak jumpa. Kenalah buka kilang kasut sendiri :) So, saya memang spare benda ni kat rumah. Asal kasut longgar saya pakai.. Ada satu lagi tu yang untuk seluruh tapak, Air Pillo Insoles. Yang itu confirmlah tak longgar lagi. Tak nak pakai, boleh je keluarkan cushion tu tapi nasiblah lepas tu bila berjalan kasut dok tertanggal aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reaaly MD? Diana pun jenis giler online shopping. Tapi tak pernah beli kasut lagi...risau case2 beli terketat @ terlonggar. Tapi skrg kalo terlonggar dah tak yah risau...kita pakai mende alah tu. Lagi satu nak try yang MD kasi tahu tu "Air pilo Isoles". Barulah senang nak berlari...kannn

      Delete
  9. hehehe kasut baru kan.. mmg menggigit.. CT tak penah cuba lagi menda ni..
    selalunya kalo beli kasut mmg laaa akan plih yang comfy.. gaya no2 hahaha..
    lagi2 kalo kena naik turun tangga..

    kasut lawa2 p kerja je.. kat rumah pakai slipar jamban..

    ReplyDelete