24 April 2015

Jenaka guru-guru

Asslamulaikum...kawan-kawan blogger tersayang,,,,,,


Dah lama Diana bercuti mengupdated sembang-sembang Diana di muka blog Mama 'D' .  Busy sokmo Diana sekarang ni. Langkah bijak perlu diambil sebelum blog Diana penuh dengan sawang-sawang yang tak sepatunta. ..meh kita merajinkan diri membuang sawang-sawang yang mula bertandang kat blog mama D ni.

Disebabkan kebelakngan ni Diana sentiasa sibuk mengalahkan 'PM'

Jadi Diana nak hadiahkan 'sketsa rakyat yang diana creditkan dari group secret bisness Diana.  BNC Group




SITUASI : GURU-GURU BERMESYUARAT DI DALAM BILIK

Tiba-tiba terdengar bunyi 'phooot' disusuli aroma kurang enak. Lalu masing-masing memberikan komen


Guru Math : Hmmm...sesuatu yang tidak boleh gurudidarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi


Guru Muzik : Wahhhh.....bunyi nadanya terletak pada chor c major


Guru Fizik : Itulah sebenarnya inner power, tenaga yang digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa


Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya

 
Guru Agama : Ini la antara penyebab batalnya wuduk
 
Guru geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin


Guru Kaunseling : Perkataanyya boleh diungkai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata


 Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi pedikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya


Guru sejarah : Antara penyebab berlauknya perang mulut


GURU BESAR : Sememangnya saya yang kentut. Besar sangat ke masalahnya?





Lawak santai....ni namanya tak de keje......










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini




3 comments:

  1. :-)) hahaha.....tak semena mena semua guru matapelajaran terkait..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...semua guru terlibat....lwak dikala hati tgh stress! Hihihi

      Delete
  2. hahaha.. guru besar tak senonoh =P

    ReplyDelete