Petua banyakkan susu ibu:
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya
mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
Lobak
merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz
sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus.
Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali
sehari.
Nasi
panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda
yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Daun
betik muda
Ambil beberapa helai daun betik
sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan
tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
Kaedah banyakkan susu ibu
Bunga
melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun
pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi
sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan
bayi.
Kacang
tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan
protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan
fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging,
telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan
penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang
bersama susu kambing
Longan
kering
Rebus segenggam longan kering yang
telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Daun
sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada
daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan
pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Halba
dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam
bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara
menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas
selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Tips tambah susu ibu:
# Tambah masa dan kekerapan - Ini
adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu
adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih
banyak yang dihasilkan.
# Cuba pam setiap kali selepas
menyusukan bayi.
# Hormon prolaktin banyak dihasilkan
pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun
dar
i tidur.
# Luangkan masa untuk menyusukan bayi
sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat
selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.
# Memerah pada masa yang tetap juga
mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja,cuba sedaya
upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari.
# Sediakan satu jadual memerah yang
tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda
akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
No comments:
Post a Comment