05 January 2015

kebas

Korang pernah rasa kebas tak? Kata lainnnya kebas-kebas. Kadang-kadang rasa kat bahagian tangan..kadang-kadang dibahagian kaki?

Normal atau tak rasa kebas ni dari sudut kesihatan?

Diana pun mula mencari gali pasal kebas ni. Sebabnya, ada kalanya Diana pun ada rasa kebas yang tak normal. I'm so worried. Takut-takut ada penyakit yang tidak diketahui disebalik rasa kebas ni. Jangan ignore ok! Bahaya!

Dari hasil cari gali tu..diana terbaca satu keratan ni. Kerit to owner, my heath. gov




Pengenalan
  • Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation).
  • Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.
  • Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
  • Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Tindakan Kendiri
  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.
  Cadangan suppliment : Boleh amalkan  vivix, omega dan alfalfa.


8 comments:

  1. Saya skrg ambil omega dan alfalfa..
    Vivix belum lagi...

    Salam kenal ya :)

    ReplyDelete
  2. Kebas2 ni tak boleh pandang ringan kan sebenarnya,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...it's something wrong....be aware!

      Delete
  3. Kalu barang kite hilang di amik orang juga di panggil kebas... Gurau je.... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...betul jugak kann..dulu ms study, selalu gune the word 'kebas'...cthnya' sape kebas akunye liquid paper ni? contohhhh

      Delete